• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jeti Agropelancongan Nelayan Tanjung Kling Siap Tahun Depan

oleh Ahmad Albab
21/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Sebuah jeti agropelancongan nelayan, yang dibina dengan kos kira-kira RM1.2 juta di Kampung Hailam, Tanjung Kling di sini, dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan 2017.

Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri Datuk Hasan Abdul Rahman berkata fasa pertama jeti itu, yang siap dibina dengan kos RM600,000, sudah pun digunakan nelayan kampung itu.

Beliau berkata jeti berbentuk ‘T’ itu akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas menggunakan teknologi hijau terutamanya lampu dengan menggunakan peruntukan Tabung Amanah Nelayan dan peruntukan Persekutuan di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran negeri.

“Jeti agropelancongan nelayan merupakan projek perintis pertama kerajaan negeri untuk nelayan setempat dan pelancongan negeri. Projek perintis ini akan diperluaskan secara berperingkat di semua jeti nelayan di Melaka.

“Ia bagi menaik taraf kemudahan nelayan dan memberi keselesaan kepada mereka terutamanya dengan pelbagai projek yang dibangunkan di sekitar perairan di negeri ini menerusi aktiviti tambakan laut,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan jeti nelayan Kampung Hailam di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Kebajikan Nelayan Kampung Hailam Abu Bakar Japar.

Hasan berkata kerajaan negeri sentiasa menjaga kebajikan golongan nelayan serta memastikan kemudahan terutamanya jeti dinaik taraf dan dalam keadaan selamat.

Selain itu, katanya setiap aktiviti tambakan laut bagi projek pembangunan di sepanjang perairan Melaka akan dipantau Unit Perancang Ekonomi negeri bagi memastikan ia tidak mengganggu aktiviti menangkap ikan.

Sementara itu, Abu Bakar, 60, berkata jeti baharu itu memberi keselesaan kepada kira-kira 30 nelayan dan 10 awak-awak di kampung berkenaan untuk ke pengkalan ketika melakukan aktitivi menangkap ikan di laut.

“Kami sangat bersyukur dengan usaha menaik taraf jeti ini kerana ia sangat penting kepada kami. Sebelum ini, kami bimbang terutamanya ketika hendak mendarat kerana sampan sentiasa dipukul ombak besar dan kadang kala tenggelam,” katanya. – BERNAMA

Tags: jeti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Jeti Pendaratan Ikan Terbakar Di Sekinchan

Dua Jeti Pendaratan Ikan Terbakar Di Sekinchan

25/03/2025
0

Sekinchan: Dua jeti pendaratan ikan dan sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Bagan Sekinchan, di sini, hari ini. Turut terbakar...

Sasar Sarang Dadah Di Jeti, Pesisiran Pantai

23/04/2022
0

Port Dickson : Polis merampas pelbagai jenis dadah dan menahan 41 individu ketika operasi mensasarkan kawasan jeti serta pesisiran pantai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd