• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM: Jangan Label Kaum Dengan Nama Negatif

oleh
20/11/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU SELANGOR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak mahu melihat rakyat Malaysia dilabelkan dengan nama-nama negatif mengikut kaum.

Sebagai contoh, beliau berkata, sebelum ini kongsi gelap sering dilabelkan kepada kaum India, kaum Melayu sinonim dengan dadah dan judi dilabelkan kepada kaum Cina.

Beliau berkata rakyat Malaysia perlu bersatu dan menolak tanggapan negatif terhadap sesuatu kaum untuk terus mencapai kemajuan.

Timbalan perdana menteri berkata tidak seperti di negara lain, Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sangat menghormati dan menghargai kepelbagaian budaya dalam kalangan rakyatnya.

“Walaupun terdapat perbezaan, kita kena cari titik persamaan dan perbezaan itu disatukan dengan kita fahami budaya, agama dan keturunan kaum lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2016 yang dihadiri kira-kira 20,000 orang di Batang Kali di sini, malam ini.

Antara yang hadir ialah Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam; Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

Majlis tersebut adalah antara enam acara sambutan perayaan terbesar peringkat kebangsaan yang dianjur oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Majlis itu diisi dengan pelbagai acara kebudayaan yang menarik seperti tarian dan nyanyian oleh artis-artis tempatan.

Pengunjung turut disediakan dengan jamuan rakyat yang menyajikan pelbagai juadah dan makanan tradisi masyarakat India serta makanan tempatan.

Sebanyak 15 gerai pameran disediakan oleh penganjur kepada agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan untuk mempromosi, mempamer dan menjual produk-produk mereka di samping memperkenalkan perkhidmatan mereka. – BERNAMA

Tags: Deepavaliperkauman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Nampak Sendiri Orang Hilang 5 Jari’

‘Saya Nampak Sendiri Orang Hilang 5 Jari’

20/10/2025
0

KULIM: "Deepavali kali ini sepatutnya menjadi pesta cahaya, tapi bertukar jadi tragedi kerana bunga api," kata R Pasupathi, 74. Mangsa...

Guru Buat Laporan Polis Terima Mesej Perkauman Daripada Penghantar Makanan

Guru Buat Laporan Polis Terima Mesej Perkauman Daripada Penghantar Makanan

23/04/2025
3

GEORGE TOWN - Seorang guru wanita berusia 27 tahun dari Machang Bubok, Seberang Perai Tengah membuat laporan polis selepas menerima...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd