• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jamal Menafikan Sebut ‘Polis Pukul Saya’

oleh Ahmad Albab
14/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos pada Isnin menafikan beliau menyebut polis telah menumbuknya dalam insiden di sebuah pusat beli-belah pada Ahad.

Jamal berkata ketika kejadian, beliau ingin memberitahu polis bahawa beliau telah dipukul, bukan polis yang telah memukulnya.

“Pada waktu itu berlaku pergelutan, bukan saya sebut polis pukul saya, tetapi saya ingin beritahu kepada polis bahawa saya dipukul. Sebab itu saya minta laluan kepada polis sebab saya mahu kejar individu yang tumbuk curi sehingga saya berdarah, itu maksud saya.

“Tapi mungkin suasana agak kelam kabut dan saya seolah-olah berkata polis pukul saya,” katanya kepada pemberita di hadapan Balai Polis Pandan Indah di sini, Isnin.

Selain itu, Jamal turut menafikan video yang tersebar di laman sosial yang memaparkan beliau bersama kumpulannya bergaduh dengan anggota polis.

“Apabila lihat video di YouTube atau media sosial, seolah-olah kami bergaduh dengan polis, kami bukan bergaduh dengan polis, kami mohon kepada mereka beri laluan untuk kami kejar individu itu,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang Ahad, Jamal cedera di bahagian muka akibat dipukul individu tidak dikenali ketika mengekori anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang sedang mempromosikan perhimpunan Bersih di dalam pusat membeli-belah di Ampang itu.

Jamal dipanggil ke balai polis itu untuk diambil keterangan berhubung insiden beliau ditumbuk. – BERNAMA

Tags: Jamal Md Yunos
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Suspek Pecah Rumah Sembunyi Dalam Reban Ayam

Next Post

PPR Lembah Subang 1: Noh Kesal Selangor Tuntut RM50.2j

Related Posts

Jamal Minta Maaf Fitnah Bee Yin

02/03/2021
0

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos memohon maaf kepada bekas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi,...

Jamal Mengaku Tak Bersalah Muat Naik Video Jelik Di FB

18/01/2021
0

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di...

Next Post

PPR Lembah Subang 1: Noh Kesal Selangor Tuntut RM50.2j

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd