• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Muzium Cadang Bina Muzium Alam Semula Jadi

oleh Ahmad Albab
08/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Jabatan Muzium bercadang untuk membina sebuah muzium alam semulajadi di Putrajaya membabitkan kos RM160 juta dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Pengarah Bahagian Pameran dan Pengembangan Jabatan Muzium Malaysia Esa Haron berkata pembinaan muzium itu bagi membolehkan pihaknya mengadakan pameran mengenai pelbagai kehidupan haiwan dalam persekitaran alam semula jadi.

“Pembinaan muzium baharu itu perlu kerana muzium sedia ada di Putrajaya yang disewa tidak dapat menampung keperluan untuk mengadakan bahan pameran yang lebih besar.

“Kita telah mencadangkan kepada Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan untuk tujuan itu dan tapak projek di Presint 15 disediakan oleh Perbadanan Putrajaya dan masih menunggu kelulusan kementerian,” katanya pada skidang media selepas perasmian Pameran 3D Art: Di Sepanjang Jalan Kenangan di Muzium Perak di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Datuk Abdul Rahim Md Ariff.

Sebanyak 19 medium lukisan grafik menggunakan teknik 3D dipamerkan di Muzium Perak di sini dari 15 Sept 2016 hingga 15 Sept 2017.

Ia menampilkan pameran kehidupan zaman pra-sejarah, perkampungan melayu, kedai Kopitiam, makanan warisan, ladang getah, kebun durian, tarian naga, binatang dan sebagainya.

Menurut beliau pameran 3D, 5D dan 6D kini menjadi tarikan baharu kerana ia menjadi trend bagi menarik generasi muda berkunjung ke muzium.

“Perkembangan teknologi moden telah menjadi perintis kepada Jabatan Muzium Malaysia dengan mengaplikasikan teknologi visual 3D dalam peragaan artifik pameran.

“Pameran ini menggalakkan penggunjung merasai sendiri pengalaman seolah-olah berada dalam keadaan sebenar yang terdapat dalam lukisan yang dipamerkan itu,” katanya.

Sementara itu Abdul Rahim dalam ucapannya menyeru agensi kerajaan, swasta, pengusaha hotel, inap desa, penyedia pengangkutan, pemandu pelancong dan orang perseorangan untuk mempromosi pameran ini sempena Tahun Melawat Perak 2017.

“Pameran 3D ini dapat memeriahkan lagi industri pelancongan di Taiping kerana kewujudan muzium ini menjadi pelengkap kepada pakej pelancongan yang terdapat di sini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Jabatan MuziumMuzium
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MP Pembangkang Cadang Ambil Alih Hotel GISBH Jadi Muzium

MP Pembangkang Cadang Ambil Alih Hotel GISBH Jadi Muzium

05/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadang untuk mengambil alih hotel milik GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Langkawi, Kedah dan menukarnya...

Kemudahan Di Bawah MOTAC Ditutup Sehingga 30 April

16/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Semua kemudahan awam di bawah Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) ditutup berkuatkuasa serta merta sehingga 30 April...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd