• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Israel Mahu Trump Tunai Janji Iktiraf Ibu Kota Baitulmaqdis

oleh AK-47
09/11/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAKAL Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump nampaknya perlu segera mengotakan janjinya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara rasmi Israel jika dipilih menjadi presiden.

Pengerusi Parti Bayit Yehudi (atau bermaksud Rumah Yahudi) dan Menteri Pendidikan Israel, Naftali Bennet berkata, ekoran Trump telahpun memenangi jawatan presiden tersebut, kita tiba masanya agar beliau melaksanakan apa yang telah diikrarkan.

“Kemenangan Trump merupakan satu peluang untuk Israel segera diiktiraf sebaga sebuah negara, selain menarik kembali tanggapan bahawa tanah yang diduduki adalah hak milik Palestin, supaya keselamatan Israel tidak akan diancam.”

“Inilah sebahagian daripada ikrar Trump sekiranya beliau dilantik menjadi presiden AS yang ke-45, seperti tertulis di dalam teks ucapan kempen beliau. Perkara ini juga harus dijadikan polisi negara kami,” tambah Bennet lagi.

“Era negara kota Palestin sudah pun berakhir,” kata Bennet dengan nada angkuh.

Israel secara haram menawan Baitulmaqdis Timur yang sebelum itu diduduki bangsa Arab semasa perang Arab-Israel pada 1967 dan merampasnya pada 1980.

Rejim Zionis kemudian mengisytiharkan keseluruhan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel. AS dan kebanyakan negara anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu lain tidak pernah mengiktiraf tindakan Israel.

Masyarakat antarabangsa malah menganggap status muktamad Baitulmaqdis sebagai isu utama yang perlu diselesaikan dalam rundingan damai Asia Barat.

Washington DC di bawah pentadbiran Presiden Barack Obama pernah mengusulkan pelan damai untuk mengiktiraf negara Palestin dan Israel sebagai jalan perdamaian. - AFP

Tags: Israel
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

04/07/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR – Malaysia berada di kedudukan ketiga dalam senarai negara yang mencatatkan kadar tertinggi pandangan tidak memihak...

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub GENEVA – Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa Bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa pihak berkuasa dan pasukan keselamatan Israel secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd