• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iskandar Jumpa Jorgensen Di Separuh Akhir Terbuka China

oleh Ahmad Albab
18/11/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin mencipta kejutan apabila layak buat kali pertama ke separuh akhir kejohanan Siri Super Premier Terbuka China, hari ini.

Iskandar, 25, mara selepas menang ke atas pemain tuan rumah yang juga pemain nombor 26 dunia, Qiao Bin 21-19, 21-17 di suku akhir, sekali gus menebus kekalahannya di Terbuka Korea kepada lawan sama, September lepas.

Ini merupakan kali pertama Iskandar melepasi pusingan suku akhir Siri Super selepas tujuh kejohanan musim ini.

Menurut laman web www.bwf.tournamentsoftware.com, Iskandar Zulkarnain yang juga pemain nombor 33 dunia akan berdepan Jan O Jorgensen dari Denmark di separuh akhir esok.

Jorgensen, pemain nombor enam dunia, mara selepas menewaskan wakil tuan rumah, Tian Houwei yang berada satu ranking di bawahnya, 14-21, 21-16, 21-14 dalam satu lagi aksi suku akhir.- BERNAMA

Tags: Iskandar Zulkarnain
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Iskandar Hasrat Baiki Ranking Dunia

18/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Walaupun tidak lagi di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Iskandar Zulkarnain Zainuddin yakin untuk meningkatkan ranking...

Iskandar Akur Terpaksa Bermula Daripada Bawah

03/01/2018
0

KUALA LUMPUR - Akur terpaksa bermula daripada bawah, pemain perseorangan badminton, Iskandar Zulkarnain Zainuddin berazam akan manfaatkan setiap peluang kejohanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd