• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Industri Kraf Mampu Hasilkan Pendapatan Lumayan

oleh Ahmad Albab
10/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persepsi masyarakat yang beranggapan bahawa industri kraf sebagai satu perusahaan sampingan atau hobi semata-mata perlu diubah, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata masyarakat perlu sedar bahawa industri kraf mampu mendatangkan pulangan yang lumayan.

“Masyarakat perlu diberi kesedaran mengenai potensi industri di negara ini serta kepentingan pengajian kraf dengan kewujudan Institut Kraf Negara (IKN) sebagai pusat kecemerlangan pendidikan kraf,” katanya dalam ucapannya pada Konvokesyen IKN ke-16 di sini hari ini.

Teks ucapan Nazri dibacakan oleh timbalannya Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Sejumlah 148 graduan daripada enam jurusan seni kraf iaitu batik, tenunan, kayu, logam, seramik dan rotan serta buluh menerima sijil dan diploma. Lima puluh dua graduan menerima sijil, sementara 96 menerima diploma.

Sepanjang tempoh 15 tahun penubuhan IKN, 2,223 graduan telah berjaya menamatkan pengajian mereka dengan 1,177 lulus di peringkat diploma dan 1,046 lagi di peringkat sijil.

Nazri berharap para graduan IKN berani merebut peluang kerjaya serta kreatif dalam industri kraf yang dilihatnya berpotensi memberi pulangan yang lumayan.

“Para graduan perlu kreatif dan inovatif dalam menghasilkan serta memasarkan produk kraf yang berkualiti kepada kumpulan sasaran seperti pelancong domestik atau luar negara.

Ini adalah kerana sektor pelancongan dan kebudayaan amat berkait rapat antara satu sama lain dan industri pelancongan kekal antara penyumbang terbesar kepada ekonomi negara ini,” katanya.

Sementara itu, Ermieyati selepas majlis itu memberitahu pemberita bahawa industri kraf negara mempunyai potensi yang besar kerana ianya amat unik dan semakin diterima baik, terutamanya oleh pelancong asing yang datang melawat negara ini.

“Orang luar (pelancong) sekarang lebih berminat dengan industri kraf negara yang mempunyai sentuhan lama tetapi berada dalam nafas yang baharu,” katanya. – BERNAMA

Tags: KraftanganNazri Aziz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bekalan Minyak Masak Bersubsidi Di Perlis Mencukupi

Next Post

Suami Mabuk Tumbuk Pintu Bilik Didenda RM1,000

Related Posts

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

11/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pelantikan bekas Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai...

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

09/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 10 Ketua Perwakilan...

Next Post

Suami Mabuk Tumbuk Pintu Bilik Didenda RM1,000

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd