• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Tunggal Mati Dengan 9 Kesan Pukulan Di Kepala

oleh AK-47
29/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Seorang ibu tunggal warga Thailand ditemui mati dengan kira-kira sembilan kesan pukulan di bahagian kepala di Kampung Che Jah, Binjai Rendah di sini, malam tadi.

Mangsa, Hayimatiyoh @ Sharipah, 35, yang juga seorang peniaga barangan plastik di pasar borong, Gong Pauh, Kuala Terengganu dijumpai terbaring di bahagian dapur rumah oleh pekerjanya kira-kira pukul 7.30 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata pihaknya percaya mangsa dibelasah pekerja lelakinya yang berumur dalam lingkungan 20-an dengan menggunakan kayu berukuran 30 sentimeter.

“Kita percaya kejadian ini mungkin berlaku lebih awal sekitar pukul 2.30 petang namun hanya disedari sekitar 7.30 malam selepas pekerjanya pulang daripada berniaga.

“Difahamkan pekerja wanita itu yang juga sepupunya mendapati pintu rumah berkunci dan ketika masuk, dia menemui mangsa dalam keadaan terbaring dengan badannya berlumuran darah. Hasil siasatan kita menemui beberapa kesan kecederaan pada bahagian kepala,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Wan Abdul Aziz berkata mangsa telah menetap di rumah berkenaan kira-kira 15 tahun lalu bersama seorang anak bersama dua pekerjanya yang juga berasal dari Thailand.

Menerusi siasatan, polis kemudian menjumpai kayu yang digunakan untuk memukul suspek di dalam bakul sampah berhampiran tempat mangsa terbaring.

Katanya, sebelum kejadian jiran mangsa ada mendengar jeritan mangsa dan melihat kelibat suspek. Setelah ditanya jirannya itu suspek memaklumkan ada ular di dalam rumah sebelum meninggalkan kawasan itu.

Wan Abdul Aziz berkata motif sebenar kejadian masih dalam siasatan dan suspek didapati melarikan diri menuju ke Lebuhraya Pantai Timur.

“Kita tidak menolak kemungkinan suspek adalah seorang penagih dadah dan bekerja bersama mangsa kira-kira lima bulan lalu. Siasatan juga mendapati suspek sering mengugut mangsa untuk mendapatkan wang.

“Mangsa juga sebelum ini dikatakan akan memberhentikan suspek ekoran sering diugut,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk dibedah siasat.

“Kita juga akan bekerjasama dengan pihak Interpol bagi mengesan suspek selain melakukan sekatan di kawasan sempadan,” katanya. – BERNAMA

Tags: ibu tunggalMATIWarga Thailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Van Warga Thailand Didakwa Sebabkan Wanita Maut

Pemandu Van Warga Thailand Didakwa Sebabkan Wanita Maut

08/02/2026
0

JITRA: Pemandu van warga Thailand didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan...

Ibu Dan Anak Empat Tahun Ditemukan Mati Di Rumah

Ibu Dan Anak Empat Tahun Ditemukan Mati Di Rumah

05/11/2025
0

KULIM: Seorang wanita dan anak perempuan berusia empat tahun ditemukan mati di sebuah rumah di Taman Perak di sini, malam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd