• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Bapa Perlu Terima Perubahan Format Peperiksaan

oleh Ahmad Albab
22/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Semua pihak terutama ibu bapa perlu menerima perubahan dalam sistem pendidikan termasuk format peperiksaan bagi meningkatkan penanda aras pendidikan negara, kata bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Profesor Emeritus Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid.

Beliau berkata keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan minggu lepas perlu diterima ibu bapa secara positif.

“Perubahan sentiasa berlaku dalam pendidikan, jadi (format peperiksaan) perlu berubah. Bar (tanda aras pendidikan negara) kena ditinggikan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian persidangan serantau Asia Pasifik International Society for Teacher Education (ISfTE)di sini hari ini.

Ibrahim berkata demikian ketika diminta mengulas isu ibu bapa calon UPSR 2016 yang tidak puas hati dengan format baharu peperiksaan itu ekoran daripada keputusan yang diumumkan minggu lepas.

Calon UPSR tahun ini merupakan kohort pertama yang menduduki peperiksaan itu di bawah format baharu UPSR sejajar pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang turut menekankan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

KBAT merupakan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dalam melahirkan modal insan yang berkualiti untuk dijadikan pemimpin masa hadapan serta mempunyai kemahiran berfikir.

Sejumlah 4,896 murid atau hanya 1.11 peratus daripada 440,782 murid yang menduduki peperiksaan pada 1 hingga 8 Sept lalu berjaya mendapat semua A. – BERNAMA

Tags: PendidikanpeperiksaanUPSR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Lawat SJKT Taman Tun Aminah, Pastikan Pendidikan Untuk Setiap Anak Johor

Onn Hafiz Lawat SJKT Taman Tun Aminah, Pastikan Pendidikan Untuk Setiap Anak Johor

22/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sekali lagi membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan rakyat...

“Kadang-Kadang Yang Bersyukur Seperti Sing Phing Dilabelkan Pengkhianat”

“Kadang-Kadang Yang Bersyukur Seperti Sing Phing Dilabelkan Pengkhianat”

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekilas pandang di merata dunia, yang berketurunan Cina jarang dapat berpendidikan dalam Bahasa Mandarin melainkan di China....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd