• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hukuman Penjara, Denda RM1,000 Tian Chua Kekal

oleh Ahmad Albab
30/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 terhadap Naib Presiden PKR, Tian Chua yang didapati bersalah tidak mematuhi perintah polis supaya beredar dari kawasan larangan di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (Pulapol) di sini, empat tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 53, terhadap sabitan dan hukuman itu yang dijatuhkan hakim Mahkamah Sesyen pada 23 Jan 2014.

Nordin dalam penghakimannya berkata alasan hakim Mahkamah Sesyen ketika menjatuhkan hukuman terhadap Tian Chua adalah sah dan memadai.

“Walaupun alasan penghakiman hakim Mahkamah Sesyen tidak ditandatangani dan tidak bertarikh tetapi bukanlah suatu ketidakadilan mengikut Seksyen 422 Kanun Prosedur Jenayah (luar aturan tidak membatalkan prosiding),” katanya.

Nordin juga berkata kenyataan pembelaan oleh perayu (Tian Chua) hanyalah bersifat penafian semata-mata dan pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan.

Mahkamah itu bagaimanapun membenarkan permohonan Tian Chua untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sehingga rayuan akhirnya diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

Tian Chua, yang juga Anggota Parlimen Batu, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tidak mematuhi perintah pegawai polis DSP A. Rajagopal untuk beredar dari kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan mengikut Perintah Kawasan-Kawasan Larangan 1975.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pulapol, Jalan Semarak, di sini pada 2.30 pagi 29 April 2012, iaitu sehari selepas perhimpunan Bersih 3.0.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 7 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya.

Tian Chua diwakili peguam Shahid Adli Kamarudin manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nadia Hanim Mohd Tajuddin. – BERNAMA

Tags: PulapolTian Chua
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tindakan Disiplin Terhadap Tian Chua Hanya Lepas PRU15 – Rafizi

Tindakan Disiplin Terhadap Tian Chua Hanya Lepas PRU15 – Rafizi

05/11/2022
0

Sebarang prosiding tatatertib yang dicadangkan terhadap ahli PKR Tian Chua kerana bertanding sebagai calon bebas di Batu hanya boleh dilakukan...

PRU15: Tanding Bebas Di Batu, PKR Pecat Tian Chua

PRU15: Tanding Bebas Di Batu, PKR Pecat Tian Chua

05/11/2022
0

TAMBUN : Bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua secara automatik dipecat daripada parti berkenaan berikutan tindakannya bertanding atas tiket Bebas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd