• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hubungan China – Malaysia Terus Kukuh Atas Dasar Percaya

oleh AK-47
18/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Saling menghormati dan mempercayai antara satu sama lain merupakan antara elemen penting yang memastikan hubungan China-Malaysia kekal kukuh dan terus berkembang.

Duta China di Malaysia, Dr. Huang Huikang menyifatkan hubungan yang terjalin antara kedua-dua negara sejak sekian lama semakin erat.

Beliau berkata, lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bukan hanya satu kejayaan besar dalam mengukuhkan hubungan dua hala, malah turut membantu pembangunan Malaysia untuk masa depan.

“Saya tidak faham mengapa wujud dakwaan lawatan Najib itu untuk ‘menjual’ Malaysia kepada China, dengan tidak menyokong usaha yang diambil untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata lawatan Najib ke China tidak hanya akan memberi manfaat kepada industri besar, malah juga kepada penggiat kecil dalam sektor pertanian.

“Usaha lain adalah untuk meningkatkan eksport minyak sawit dan sarang burung ke China,” katanya.

Semasa lawatan itu, Najib mencadangkan kepada rakan sejawatnya Li Keqiang, agar China meningkatkan import minyak sawit Malaysia, dengan mengambil kira terdapat 500,000 pekebun kecil di Malaysia.

Beliau turut membangkitkan masalah eksport sarang burung mentah belum bersih ke China, dan pada masa yang sama memberi jaminan bahawa kemudahan untuk mengekport produk itu akan diselesaikan secepat mungkin, memandangkan ia melibatkan 10,000 pengiat sarang burung di Malaysia.

Malaysia dilaporkan sebagai pengeluar sarang burung kedua terbesar dunia, dan akan mengeksport sarang burung mentah belum bersih ke China, selain produk diproses.

Pasaran sarang burung di China bernilai AS$1.8 bilion setahun.

Huang berkata, sebelum perbincangan itu, kerajaan China telah memberi maklum balas positif berkaitan pertimbangan cadangan berkenaan dan akan mengambil langkah perlu untuk meningkatkan import minyak sawit dan sarang burung dari Malaysia.

Mengenai kebimbangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia terhadap persaingan sengit susulan peningkatan pelaburan dan penyertaan dari China, beliau berkata tiada apa perlu dibimbangkan, memandangkan kesan limpahan daripada pelaburan itu adalah adil dan saksama.

“Tiada apa yang perlu dibimbangkan. Syarikat China juga mempunyai dasar tanggungjawab sosial korporat dan bukan berorientasikan keuntungan,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa untuk melabur di Malaysia, syarikat China memerlukan rakan kongsi tempatan serta peluang pekerjaan perlu diwujudkan, selain pemindahan teknologi.

“Kerjasama itu akan saling melengkapi, memandangkan akan ada pemindahan teknologi, pertukaran kepakaran, serta kemungkinan pengeluaran tempatan untuk menyokong industri,” kata beliau.

Semasa lawatan ke China awal bulan ini, Najib berjaya mendapatkan pelaburan bernilai RM144 bilion, untuk Malaysia, dengan 14 perjanjian perdagangan meliputi ekonomi, pertahanan, pertanian, pendidikan, kewangan dan pembinaan dimeterai. – BERNAMA

Tags: Dr Huang HuikangNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd