Tuesday, February 27, 2024

Creating liberating content

Seorang Rentung, 4 Melecur...

KOTA KINABALU - Seorang wanita rentung dan empat lagi melecur selepas sebuah rumah...

Tak Tukar Harga Barang,...

Melalui beberapa keping foto yang tersebar di media sosial sejak semalam, ramai pengguna...

Safiey Kongsi Momen Implan...

"Saya bersendirian ke Hat Yai untuk lakukan pembedahan implan," dedah Safiey Ilias dalam...

Aktres Selamba Tayang ‘Miss...

AKTRES filem Showgirls 2:Penny's from Heaven; Blanca Blanco mencuri perhatian ramai ketika berjalan...

Hospital Medan Di HSA Beroperasi, Sedia Terima Pesakit

JOHOR BAHRU – Hospital Medan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diletakkan di pekarangan bangunan induk Hospital Sultanah Aminah (HSA) mula beroperasi hari ini dan bersedia menerima pesakit.

Panglima Tentera Darat, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata hospital itu akan beroperasi 24 jam dan mampu melakukan pembedahan kecemasan terhadap pesakit setiap satu jam.

“Persediaan latihan operasi untuk menerima pesakit telahpun kita jalankan dan kita menempatkan empat pegawai dan 25 paramedik ATM.

“Soal jangka masa hospital ini digunakan tidak menjadi masalah kerana tumpuan harus diberikan kepada usaha-usaha pemulihan dewan bedah di Bangunan Induk HSA sehingga ia dapat berfungsi seperti sediakala,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke Hospital Medan di HSA, di sini hari ini.

Hospital Medan itu menyediakan wad, dewan pembedahan bergerak, unit perkhidmatan pensterilan atau dekontaminasi (Unit Sucihama), perkhidmatan X-ray dan pergigian. Ini berikutan kejadian kebakaran di HSA pada Selasa lepas.

Raja Mohamed Affandi berkata pengurusan hospital medan itu akan diserahkan kepada pihak HSA yang dibantu oleh pihak ATM dari segi penyelenggaraan dan teknikal.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Johor, Dr. Rooshaimi Merican A. Rahim Merican berkata buat masa ini, Hospital Medan hanya berfungsi untuk menjalankan pembedahan kecemasan.


“Buat permulaan, kita tidak menerima pesakit luar tetapi akan lebih menumpukan perhatian pada pembedahan kecemasan dan kita akan kaji dari sehari ke sehari keperluannya,” katanya.

Kebakaran yang berlaku pada pagi Selasa lepas di Unit Rawatan Rapi (ICU) Selatan di tingkat dua bangunan induk HSA itu, meragut nyawa enam pesakit kritikal manakala seorang pesakit berjaya diselamatkan.

Ia turut mengakibatkan dua jururawat dan seorang pelatih fisioterapi wad itu cedera kerana terhidu asap dan dirawat di Hospital Sultan Ismail.

Berikutan kejadian itu, Kementerian Kesihatan mengarahkan penutupan sementara secara berperingkat bangunan induk HSA bagi memberi ruang kerja-kerja penilaian tahap keselamatan, pendawaian, kajian struktur bangunan dan hal-hal berkaitan dilakukan, dan dijangka mengambil masa dua hingga empat minggu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori