• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hakim Tinjau Paya Lokasi Tong Dram Mayat Kevin Dibuang

oleh Ahmad Albab
18/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azman Abdullah yang mengendalikan kes bunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais hari ini meninjau sebuah paya, tempat tong dram berisi mayat Kevin Morais dibuang, di Subang Jaya, Selangor.

Paya itu terletak bersebelahan Kompleks Sekolah Tan Sri Jeffrey Cheah di USJ1 Persiaran Subang Mewah iaitu tempat mayat Kevin Morais yang disumbat ke dalam guni dan disimen di dalam tong dram ditemukan.

Hakim Azman bersama pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin, pihak pembelaan dan tujuh tertuduh dalam kes pembunuhan itu Kol. Dr. R. Kunaseegaran, G. Gunasekaran, R. Dinishwaran, A.K. Thinesh Kumar, M. Vishwanath, S. Nimalan, dan S. Ravi Chandaran bergerak ke paya itu kira-kira 10 pagi, diiringi anggota polis.

Pasukan itu berkumpul di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya sebelum bergerak ke paya yang terletak kira-kira 10 kilometer dari IPD itu.

Mereka meluangkan masa kira-kira 20 minit meninjau paya tersebut yang berbau busuk, berbuih dan berwarna hitam.

Pasukan itu kemudian bergerak ke dua lagi lokasi iaitu sebuah tapak kedai makan di Jalan USJ 1/6C, tidak jauh dari paya berkenaan dan sebuah bengkel di Desa Mentari, Petaling Jaya.

Tapak kedai makan itu dipercayai merupakan tapak kedai seorang daripada tertuduh manakala bengkel itu merupakan bengkel yang digunakan untuk menyimpan mayat dan kereta Kevin Morais.

Selepas tinjauan berakhir di bengkel, Saiful Edris memberitahu pemberita lawatan itu merupakan lawatan lokasi untuk memberi lebih pemahaman berkenaan kes itu kepada pihak pendakwaan dan pembelaan.

Enam lelaki – Gunasekaran, 48; Dinishwaran, 24; Thinesh Kumar, 23; Vishwanath, 26; Nimalan, 23; dan Ravi Chandaran, 45; – mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Kevin Morais antara 7 pagi dan 8 malam, 4 Sept 2015, antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan No.1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya.

Dr Kunaseegaran, 53, yang merupakan tertuduh pertama, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan enam lelaki itu dalam pembunuhan Kevin Morais di tempat, tarikh dan masa sama. – BERNAMA

Tags: Anthony Kevin MoraisHakim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Gagal Ambil Keterangan Yusoff Rawther Dakwaan Diperangkap – Hakim

Polis Gagal Ambil Keterangan Yusoff Rawther Dakwaan Diperangkap – Hakim

12/06/2025
0

KUALA LUMPUR –Bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik, Muhammed Yusoff Rawther dilepaskan dan dibebaskan (DNA) atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis...

‘Perbuatan Kamu Teruk’ – Hakim Tegur Bapa Tiri Rakam Video Anak Mandi

‘Perbuatan Kamu Teruk’ – Hakim Tegur Bapa Tiri Rakam Video Anak Mandi

19/03/2025
2

MUAR: "Perbuatan kamu (rakam) sangat teruk. Mahkamah berharap kamu insaf dengan perbuatan ini, janganlah ulangi kesalahan seperti ini." Demikian teguran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd