• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guna Tong Terpakai Isi Minyak Masak Untuk Jimat Kos

oleh Ahmad Albab
03/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Terdapat segelintir pembungkus minyak masak di Perak sanggup menggunakan tong terpakai yang diragui status halalnya semata-mata untuk menjimatkan kos operasi.

Ketua Pegawai Pengkuatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan negeri Perak Suhaimi Mat Sari berkata tindakan menggunakan tong terpakai jelas melanggar syarat lesen ditetapkan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

Katanya walaupun pembungkus berkenaan mempunyai sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), tetapi tindakan menggunakan tong terpakai adalah tidak dibenarkan.

“Adalah menjadi satu kesalahan untuk menggunakan tong terpakai kerana kita tidak tahu tong tersebut sebelum ini digunakan untuk mengisi (bahan) apa, halal atau tidak selain kebersihannya diragui.

“Sehubungan itu, kami menasihati semua 24 pembungkus yang ada di Perak supaya tidak sesekali menggunakan tong terpakai bagi mengelak tindakan undang-undang,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Mengenai tindakan penguatkuasaan bagi mengesan pembungkus yang menggunakan tong terpakai, Suhaimi berkata pihaknya telah menahan tiga lelaki berumur lingkungan 50-an di sebuah premis di kawasan perindustrian Jelapang di sini, semalam.

Beliau berkata dalam serbuan kira-kira 2 petang itu, pihaknya merampas 323 kilogram (kg) minyak masak bernilai RM1,060 untuk keperluan industri yang dibungkus dalam tong terpakai.

Kes ini disiasat di bawah AKB 1961 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM1 juta bagi perseorangan atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali, manakala bagi kesalahan syarikat boleh didenda RM3 juta, katanya.

“Semua tong yang dirampas dihantar ke Jabatan Kimia pagi tadi untuk ujian (kandungan sebelum ini), manakala minyak yang dirampas boleh dijual atau dimusnahkan,” katanya.

Ditanya mengenai bekalan minyak masak dalam botol di Perak, Suhaimi berkata setakat ini ia mencukupi dan menasihati pengguna supaya tidak melakukan pembelian panik.

“Pengguna tidak perlu panik kerana bekalan mencukupi. Jika ada premis yang kehabisan bekalan contoh hari ini, esok bekalan akan dihantar,” katanya sambil menambah kuota minyak masak bersubsidi di Perak adalah 4,000 tan metrik.

Pada 26 Okt lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan harga minyak masak paket 1 kg kekal RM2.50 tetapi minyak masak dalam botol dijual mengikut harga pasaran berkuat kuasa 1 Nov.- BERNAMA

Tags: Minyak Masak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

17/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum merancang untuk menukar subsidi minyak masak peket kepada bayaran tunai melalui MyKad kepada rakyat setakat...

‘Kecut Perut’ Dikejar Penguat Kuasa, Penyeludup Tinggal Kereta Berisi Minyak Masak

‘Kecut Perut’ Dikejar Penguat Kuasa, Penyeludup Tinggal Kereta Berisi Minyak Masak

26/10/2024
0

TUMPAT : Pemandu sebuah kereta disyaki penyeludup lari meninggalkan kenderaan membawa muatan 850 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi untuk mengelak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd