• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Bekalan Air 24 Jam Di Seremban Mulai 8 Pagi 15 Nov

oleh Ahmad Albab
11/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pengguna di sebahagian kawasan Seremban akan mengalami gangguan bekalan air sementara selama 24 jam mulai 8 pagi 15 November ini berikutan kerja pemasangan ‘tee bypass’ di Kampung Mendom, Lenggeng dekat sini.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS), Norzita Ismail berkata ia antara usaha berterusan Sains dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan para pelanggan pada masa hadapan.

“Kawasan terlibat ialah Nada Alam, Bukit Inai, seluruh Batang Benar, Sungai Mahang, Taman Mutiara, Taman Murni, Taman Teratai, Nilai 7, Desa Saga, Desa Ria, Nilai 3, Arab Malaysian, Industri Semarak 2, seluruh Kawasan Perindustrian Nilai, Desa Melati, Desa Kasia, Desa Indah, Impiana Residen, seluruh Bandar Baru Nilai, seluruh Desa Cempaka dan INTI Kolej.

“Turut terlibat ialah Desa Casuarina, Universiti Sains Islam Malaysia, Desa Jati, Desa Anggerik, Pekan Nilai, Rumah Rakyat Nilai, Taman Ban Aik, Taman Ros Merah, Taman Datuk Sharudin, Rumah Rakyat Labu Hilir, Kampung Kondok, Kampung Labu Hilir, Kampung Lambar, Kampung Pulau, Jalan Labu dari Batu 10-14, Sendayan, Jimah Baru, Jijan, seluruh Gadong, Rehat & Rawat (R&) Plus Arah Utara dan Selatan, seluruh Batu 8 Labu dan sekitar,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang ditetapkan dan dijangka pulih secara berperingkat.

Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982 untuk mendapatkan sebarang bantuan lanjut. – BERNAMA

Tags: bekalan airSains
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

05/05/2024
0

GEORGETOWN: Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd