• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fokus Menangi Hati Rakyat, Bukan Jawatan Dalam Parti

oleh Ahmad Albab
28/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata anggota parti perlu memfokuskan untuk memenangi hati rakyat berbanding memenangi jawatan dalam parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Beliau berkata usaha untuk memenangi hati rakyat itu jauh lebih penting daripada memikirkan kedudukan dalam parti atau mempertikai perbezaan pendapat.

“Jadi, saya harap dalam Perhimpunan Agung UMNO ini, kita bincang tentang apa yang perlu dilakukan lagi, memberi cadangan kepada pucuk pimpinan untuk menang dalam pilihan raya,” katanya kepada pemberita selepas Istiadat Konvokesyen Akademik Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) Ke-12, di sini hari ini.

Mohamed Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata sejak 2008, pilihan raya sudah tidak semudah pilihan raya sebelumnya dan dengan teknologi pada masa kini, persaingan dalam pilihan raya semakin sengit.

Beliau berkata dengan kemudahan teknologi pada masa kini, masyarakat lebih mudah mempercayai apa yang disebarkan walaupun ia bukan berasaskan fakta sebenar.

“Orang cepat percaya, persepsi itu penting dan ia boleh memenangkan dalam pilihan raya walaupun ia tidak betul, sebab itulah dalam perhimpunan agung ini, kita pusatkan perpaduan dalam kalangan ahli,” katanya.

Perhimpunan Agung UMNO 2016 akan membuka tirainya esok yang dikatakan sebagai perhimpunan terakhir sebelum pilihan raya umum yang akan datang.

Terdahulu, Mohamed Nazri berkata dalam tempoh 22 tahun penubuhan ASWARA, institusi itu berjaya menyerlah potensi staf akademik, staf sokongan, para graduan serta meraih pengiktirafan yang cukup baik dari dalam dan luar sebagai satu-satunya universiti seni di negara ini seperti penglibatan dalam Liga Institusi Seni Asia (ALIA).

Katanya berdasarkan rekod, lebih 98 peratus graduan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda berjaya memasuki pasaran pekerjaan atau melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di universiti awam tempatan dan universiti tersohor di luar negara.

“Kejayaan dan penerimaan terhadap graduan ASWARA oleh sektor awam dan swasta ini membuktikan lulusan kita mendapat pengiktirafan serta perakuan dari aspek kemahiran, kebolehan, kemampuan serta keupayaan dalam aspek ‘soft skill’ (kemahiran insani) dan ‘hard skill’ (kemahiran fizikal) yang dipelajari di ASWARA,” katanya.

Sebanyak 153 graduan daripada lapan fakulti menerima Diploma dan Ijazah Sarjana Muda, tiga graduan daripada Pusat Pengajian Pasca Siswazah menerima Ijazah Sarjana Seni kreatif. – BERNAMA

Tags: Nazri Aziz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

11/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pelantikan bekas Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai...

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

09/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 10 Ketua Perwakilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd