Sunday, April 21, 2024

Creating liberating content

Wanita Britain Ditahan Selepas...

PELANCONG wanita dari Britain menjadi keliru apabila ditahan polis Dubai selepas membuat laporan mendakwa...

Nabila Teruja Bakal Sambut...

SETIAP kali tiba bulan Ramadan, sekiranya berkesempatan, semua orang pasti ingin menjalani ibadah...

FAMA Sedia Proses Lambakan...

MACHANG – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan memproses buah durian untuk dijadikan...

JPJ Buka Bidaan Nombor...

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka bidaan nombor pendaftaran kenderaan 'Malaysia'...

Faye Kusairi Nafi Sudah Berpisah Dengan Azmi Hatta

TIADA angin, tiada ribut… tiba-tiba muncul khabar angin menyatakan hubungan pelakon Faye Kusairi dengan bekas suami penyanyi Elly Mazlein, Azmi Hatta konon telah berakhir.

Faye bagaimanapun, tampil menafikan dakwaan tersebut sebaliknya memberitahu, dia dan pengarah drama itu masih lagi merupakan pasangan kekasih.

Faye Kusairi Nafi Sudah Berpisah Dengan Azmi Hatta
“Saya tidak tahu macam mana boleh cerita kononnya saya dan Azmi sudah berpisah. Terus-terang, kami masih berkawan rapat dan hubungan kami masih sama seperti sebelum ini.

“Begitu juga dengan dakwaan ada orang ketiga dalam hubungan kami. Saya dan Azmi tidak mahu ambil tahu gosip yang tersebar ini.

“Saya sudah malas hendak komen isu sebegini. Kalau saya buka mulut pun orang tetap tidak percaya dan kecam saya juga. Jadi, lebih baik saya berdiam diri dan tidak perlu ulas apa-apa lagi,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai perancangan mereka untuk mendirikan perkahwinan, Faye menyerahkan segalanya pada jodoh.

“Buat masa ini, saya dan Azmi sibuk dengan karier seni masing-masing. Kalau ada jodoh kami, adalah. Jika ditakdirkan tiada jodoh di antara kami, saya reda.


“Fokus dan keutamaan saya sekarang adalah mengukuhkan nama dalam kerjaya seni,” katanya.

Kisah percintaan pelakon ini mendapat perhatian selepas Faye dikatakan menjadi punca penceraian rumah tangga Elly dan Azmi.

Bagaimanapun, Faye menafikan hal tersebut sebaliknya mendakwa akrab dengan lelaki itu selepas pasangan itu bercerai.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori