• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Faye Kusairi Ingin Lupakan Kontroversi

oleh Ahmad Albab
08/11/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelakon Faye Kusairi ingin terus mengambil pendekatan pandang ke hadapan tanpa mahu mengambil pusing kisah kontroversi yang melanda dirinya.

Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 29, berkata, orang akan terus bercakap dan menghukum namun sebagai manusia biasa siapalah dirinya untuk menyangkal semua pertuduhan tersebut.

“Kalau saya terus melayan perasaan dengan segala tohmahan yang datang, semua kerja tak akan menjadi malah emosi saya pasti lebih tertekan dan terganggu.

“Justeru, apa yang boleh saya buat hanyalah beristigfar dan bertawakal kepada-Nya selain sering mengingatkan diri kenapa harus terus bermurung dengan perkara yang sia-sia sedangkan saya ada impian untuk digapai di hadapan,” ujarnya kepada mStar Online.

Faye ditemui di majlis malam bersama bintang Anugerah Skrin 2016 (ASK2016) bertempat di Memory Lane, Kuala Lumpur, di sini pada Sabtu.

Faye Kusairi Ingin Lupakan Kontroversi
Pendedahan Faye Kusairi sedang berkawan rapat dengan Azmi Hatta menumbulkan kemarahan peminat bekas isteri pengarah itu iaitu Elly Mazlein.

Terdahulu kisah kontroversi antara Faye Kusairi dan penyanyi Elly Mazlein mendapat liputan meluas media sehingga pelakon ini dikecam dengan pelbagai tuduhan netizen yang menganggap Faye menjadi orang ketiga punca perceraian Elly dan suaminya, pengarah drama, Azmi Hatta.

Dalam pada itu kata Faye, tanpa keluarga dan peminat di sisi, dirinya tidak cukup kuat untuk melalui situasi getir itu bersendirian.

Bagaimanapun katanya, inilah harga yang harus dibayar tatkala memilih lapangan glamor sebagai kerjaya dan masa depan.

“Alhamdulillah, dalam kencaman yang saya terima kiri dan kanan, Allah beri saya kekuatan yang saya kira cukup luar biasa biarpun beberapa kali airmata wanita saya tertumpah tanpa sedar tatkala memikirkan apa yang telah dilalui.

“Biarlah…,saya tak nak kenang apa-apa lagi selain terus mengharapkan titip doa dari keluarga dan peminat akan terus mengiringi perjalanan kerjaya seni saya tanpa perlu lagi pandang ke belakang,” ujarnya.

Menerusi ASK2016, drama lakonan Faye iaitu Pujaan Hati Umi arahan M Nazir Juhaini terpilih menerusi kategori Drama Rantaian Terbaik.

Selain itu, dua buah drama lakonannya iaitu Pengantinku Jatuh Dari Langit terbitan Creative Skill Solution dan PadaMu Ku Bersujud terbitan A. Aida Production akan menemui penonton dalam waktu terdekat ini.

Dalam perkembangan lain, Faye mengakui sibuk dengan latihan perlumbaan bersama Mayhem Motorsports dengan kerjasama Prince Lubricants bagi menyertai acara Malaysian Speed Festival 2016 anjuran Ignition.my di litar F1 Sepan, November depan. – mStar Online

Tags: azmi hattafaye kusairi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Usik Famili Saya, Pergi ‘Bawang’ Tempat Lain

25/12/2018
0

PELAKON Faye Kusairi bertindak memuat naik gambar anak lelaki bersama dua anak tirinya sebagai 'belanja' kepada segelintir pengikutnya yang gemar...

Faye ‘Buka Mulut’, Jelas Perihal Duit Raya Anak Elly

12/06/2018
0

KECOH di media sosial mengenai penyanyi, Elly Mazlein meluahkan rasa kecewa terhadap bekas suami, Azmi Hatta berhubung perihal perbelanjaan persiapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd