Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Polis Siasat Anggota Benarkan...

JOHOR BAHRU: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung tindakan seorang anggota polis yang membenarkan...

Pusat Perlindungan 30 Pekerja...

SINGAPURA - Dewan Sukan Jurong East, SportSG, sebuah pusat perlindungan sementara bagi menempatkan...

El Nino Bawa Rezeki...

TELUK INTAN - Walaupun ramai yang mengeluh dengan cuaca panas dan kering akibat...

Persatuan Perubatan Gesa Reformasi...

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa reformasi pendekatan kerajaan terhadap pemulihan dadah, bermula dengan...

Farid Akui Masih Bahagia Bersama Diana

TIADA angin, tiada ribut… Baru-baru ini heboh mengatakan rumah tangga pasangan selebriti, Farid Kamil dan Diana Dianelle goyah.

Perkhabaran itu muncul selepas Diana dilihat muncul ke Mahkamah Rendah Syariah bersama seorang peguam.

Malah, dia dalam satu temu bualnya bersama akhbar tempatan turut mengakui mereka mempunyai masalah rumah tangga dan sedang berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan yang dibina.

Sementara itu, Farid yang diminta menjelaskan hal itu memberitahu hubungan rumah tangganya masih bahagia.

Pun begitu, Farid akui setiap perkahwinan pasti ada dugaannya, begitu juga dengan perhubungan suami isteri.

diana-2_5

“Ia ibarat satu momen yang perlu dilalui untuk lebih mengenali antara satu sama lain. Kami masih gembira dengan perkahwinan kami dan secara tak langsung ia membangkitkan kembali kemanisan dalam hubungan kami.

“Kalau nak tahu, mahkamah itu bukanlah tempat di mana orang membuat semua keputusan, tetapi ia juga tempat kita boleh mendapatkan maklumat mengenai perkahwinan. Di situ ada pakar dalam bidang agama, rumah tangga dan banyak lagi yang boleh dijadikan rujukan.


“Syukur, kami mendapat pandangan daripada pihak yang mahir dalam perihal perkahwinan, jadi sedikit-sebanyak ia membantu kita meningkatkan ilmu mengenai perkahwinan,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Farid memberitahu dia tidak marah dengan Diana kerana merasakan masing-masing perlu muhasabah diri.

“Saya tidak marah atau menegur kerana pada saya, dalam setiap perkahwinan perlu ada muhasabah diri. Perbincangan sesama suami isteri itu harus lebih tertutup.

“Selain itu, saya bermuhasabah diri, bertanya apakah kesilapan yang sudah terjadi,” ujarnya lagi.

Pasangan ini mempunyai dua cahaya mata iaitu Muhammad, 3, dan Nur Aurora, setahun.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori