Tuesday, May 21, 2024

Creating liberating content

Kapten Everton ‘Bertinju’

KAPTEN Everton Ashley Williams bernasib baik hanya dilayangkan kad kuning ketika insiden menumbuk...

Pemuda MIC Lancar Tabung...

KUALA LUMPUR - Pemuda MIC hari ini melancarkan Pusat Bantuan Bencana Pemuda MIC...

Mayat Pemandu Grab Lemas...

BENTONG - Mayat seorang pemandu grab yang dilaporkan lemas semalam ketika mandi di...

Tips Kurus Adik Shila...

SUDAH menjadi trend masa kini, ramai yang suka berkongsi tips. Bukan sahaja tips...

Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 Harap Dikuatkuasa Segera

TAWAU – Anggota Parlimen Tawau Datuk Mary Yap Kain Ching berharap Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 dikuatkuasakan segera berikutan kesedaran masyarakat mengenai isu kebajikan haiwan semakin meningkat.

Beliau berkata perkara itu terbukti dengan kewujudan pelbagai badan pencinta haiwan di seluruh negara termasuk Persatuan Bagi Menghalang Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA), Kelab Pencinta Kucing Tawau (TCLC) dan Kelab Pencinta Meong Tawau (KPMT).

“Pada masa sama, pelaku yang zalim terhadap haiwan didakwa dan jika didapati bersalah, hukuman setimpal perlu dikenakan,” katanya ketika berucap pada Majlis Kempen Kesedaran Kawalan Penyakit Haiwan Negeri Sabah Wilayah Tawau 2016 di sini, hari ini.

Terdahulu, Mary Yap berkata kempen kesedaran yang diadakan itu memenuhi keperluan Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) ke arah mengekalkan status Sabah terus diiktiraf bebas daripada penyakit kuku dan mulut (FMD).

“Kempen ini juga penting bagi menyedarkan masyarakat bahawa jika pergerakan haiwan dan bahan hasil haiwan tidak dikawal mampu berlakunya jangkitan penyakit rentas sempadan,” katanya.

Katanya kerajaan menggalakkan transaksi perdagangan antara Sabah dan negara jiran tetapi pada masa sama, semua pihak perlu berwaspada agar tiada penyakit haiwan yang terlepas masuk ke negeri ini akibat daripada aktiviti berkenaan.

“Status penyakit haiwan semasa di negara jiran perlu menjadi peringatan kepada kita untuk sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah kawalan pergerakan unggas (ayam, itik, angsa dan burung), haiwan kesayangan dan ternakan lembu khususnya lembu Bali.

“Ini ekoran beberapa penyakit termasuk ‘Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI)’ dan penyakit Jembrana (menyerupai penyakit HIV pada manusia) yang masih aktif di sana,” katanya.


Dalam pada itu, Mary Yap yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berkata ancaman penyakit HPAI atau selesema burung di seluruh dunia agak membimbangkan dan sejak awal tahun ini, 48 negara dijangkiti termasuk jangkitan berulang.

“Antaranya Belanda, Denmark dan India….negara ini mempunyai kepentingan dalam urusan import haiwan dan produk haiwan bersama Sabah,” katanya.

Namun, katanya Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternakan (JPHPT) Sabah bersama Jabatan Kesihatan Sabah (JKNS) akan sentiasa memastikan bahan makanan asal haiwan adalah selamat untuk dimakan manusia dan mengesan penyakit bersifat zoonotik di negeri ini.

“Saya percaya JPHPT telah membuat persediaan menghadapi kemungkinan termasuk pembentukan Pasukan Bertindak Pantas (RRT) dan mengadakan latihan simulasi baik secara bersendirian atau bekerjasama dengan agensi berkenaan,” katanya.

Pada majlis itu, 2,000 ekor ayam diagihkan Syarikat Progressive Insurance kepada penduduk terpilih di sekitar daerah Tawau sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori