Thursday, July 25, 2024

Creating liberating content

Wanita Maut, Dua Cedera...

Sibu : Wanita maut manakala dua lagi cedera apabila kereta yang dinaiki melanggar...

Harap Banyak Tabika Kemas...

REMBAU - Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berharap agar lebih...

Hadi Fayyadh Sertai Fagiano...

KUALA LUMPUR - Penyerang skuad Bawah 19 Tahun (B-19) negara, Hadi Fayyadh Abdul...

Bekas PM Britain Letak...

LONDON: Bekas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen dengan...

Elfira Loy Terima Anugerah Ikon Wanita Muda 2016

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon Elfira Loy, atas penerimaan Anugerah Ikon Wanita Muda 2016 oleh Puteri UMNO, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sebentar tadi.

Elfira yang juga merupakan ahli Puteri UMNO menerima anugerah bagi kategori seni itu di Perhimpunan Agung UMNO 2016.

Nurul Elfira Loy, 22, menerima anugerah itu daripada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor sambil disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya sangat menghargai pengiktirafan ini kerana mungkin pada usia 22 tahun dan kejayaan 10 tahun dalam industri seni ini boleh membuka mata belia seusia saya untuk sama-sama mencapai kejayaan.

“Saya percaya selebriti boleh dijadikan satu medium untuk menyampaikan maklumat kepada mereka dan menarik anak muda melakukan sesuatu perkara yang bermanfaat,” katanya kepada pemberita selepas menerima anugerah itu bagi kategori seni.

elfira

Selain Elfira, tiga lagi ahli Puteri UMNO turut mendapat anugerah yang sama iaitu Fatin Nurfatehah Mat Salleh (Sukan); Norerama Pagukuman (Penyelidikan dan Inovasi) dan Sofia Ahmad (Keusahawanan).


Sementara, Anugerah Khas Pergerakan Puteri UMNO Malaysia 2016 diberikan kepada Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Ampang, Siti Bainun Ahd Razali.

Semua penerima anugerah  dipilih di atas jasa dan sumbangan mereka terhadap masyarakat, bangsa dan negara.

Turut hadir, Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak; Naib Presiden, Datuk Seri Hisammuddin Hussein dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermeiyati Shamsudin. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori