• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DUN Sarawak Lulus Rang Undang-Undang Pengagihan Gas 2016

oleh AK-47
21/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Pengagihan Gas 2016.

Sebanyak 28 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk daripada pembangkang membahaskan rang undang-undang tersebut iaitu jumlah maksimum, menurut Speaker Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar.

Menteri Kemudahan Awam negeri, Datuk Seri Dr. Stephen Rundi yang mengucapkan terima kasih kepada semua ADUN yang menyokong rang undang-undang itu berkata, ia akan membolehkan negeri mengawal sumber amat penting itu.

Beliau berkata ini akan membantu pembangunan perindustrian kerana negeri akan mempunyai bekalan yang lebih baik dan mencukupi.

Kementeriannya bercadang untuk menggalakkan industri berkaitan gas dan untuk membekalkan gas melalui paip kepada semua pengguna domestik dan perniagaan dan industri di negeri ini, katanya.

Di bawah rang undang-undang itu, semua aktiviti berkaitan pengagihan gas atau sistem pengagihan bekalan dan penyaluran akan dilesenkan oleh negeri menerusi pengarah Pengagihan Gas.

Terdahulu, semasa membentangkan rang undang-undang itu, Rundi berkata ia merupakan langkah penting negeri dalam usaha mengawal penggunaan sumber penting itu.

“Ia akan menjadi hasil signifikan daripada proses yang sedang diusahakan bagi penurunan kuasa (kepada Sarawak).

“Sumber itu dikeluarkan, walaupun di pesisir pantai, tetapi dalam pentas dunia, dan dengan itu dalam kawasan sempadan, dan daripada tanah negeri ini seperti ditetapkan dalam Kanun Tanah,” katanya.

Rundi berkata pengagihan semua jenis gas seperti gas asli, gas cecair asli (LNG), gas cecair petroleum (LPG), gas khas yang digunakan dalam industri teknologi tinggi dan hospital diliputi dalam rang undang-undang itu.

Beliau berkata Ordinan Perkhidmatan Bekalan Gas Sarawak (Syarikat Beroperasi) 1995 akan dimansuhkan tetapi tindakan yang telah diambil atau yang telah dilaksanakan di bawahnya tidak akan terjejas.

Mengenai impaknya ke atas Petronas, katanya perbadanan itu selaku pengeluar dan pembekal gas bagi pengagihan di negeri ini akan tertakluk kepada undang-undang baharu itu dan akan perlu berbincang dengan kerajaan negeri berkaitan dengan aktiviti yang dinyatakan itu.

Rundi berkata kerajaan negeri mahu menyaksikan pertumbuhan industri gas dengan melibatkan lebih banyak syarikat setempat tanpa menjejaskan operasi dan perniagaan Petronas di Sarawak. – BERNAMA

Tags: Dun Sarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DUN Sarawak Lulus Pindaan Undang-undang Tanah, Kawal Ruang Udaranya

18/05/2022
0

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Tanah (Pindaan) 2022 yang membolehkan...

DUN Sarawak Sebulat Suara Lulus RUU Tubuh Lembaga Kemajuan Sagu Dan Nipah

16/02/2022
0

KUCHING : Sarawak memperkasa industri sagu dan nipahnya selepas Rang Undang-undang (RUU) Lembaga Kemajuan Sagu dan Nipah (SNDB), 2022 diluluskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd