• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Pelajar Antara Tiga Maut Kemalangan

oleh Ahmad Albab
11/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Dua pelajar sekolah menengah antara tiga yang maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Padang Sebang, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, Nur Syarifah Azura Ramzi, 16; Muhammad Haziq Norhesyam, 15; dan Herman Md Johan, 23, maut selepas kereta Proton Saga dinaiki bersama Muhammad Daniel Jamaluddin, 15, dari arah Tampin, Negeri Sembilan ke Alor Gajah, bertembung dengan Perodua Axia dari arah bertentangan.

Difahamkan Nur Syarifah Azura dan Herman meninggal dunia di tempat kejadian, dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah, manakala Muhammad Haziq meninggal dunia di Hospital Tampin.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri, Pemangku Superintendan Mohd Sham Abdullah berkata, seorang lagi penumpang tempat duduk belakang Proton Saga iaitu Muhammad Daniel masih dirawat di Hospital Tampin.

Katanya, pemandu kereta Perodua Axia Tan Chee Song, 29; Zainaf Hussin, 35, (Proton Exora); cedera dan dirawat di Hospital Tampin manakala pemandu Proton Wira Norsuhaila Sulaiman, 26, tidak cedera.

“Difahamkan kereta Proton Saga dari arah Tampin hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan kerana keadaan jalan licin akibat hujan lebat, bertembung dengan kereta Perodua Axia dipandu Chee Song.

“Akibat pertembungan itu, Proton Exora dan Wira di belakang kereta Perodua Axia tidak sempat mengelak lalu terbabit sama dalam kemalangan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – myMetro Online

Tags: kemalangan mautpelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd