• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dipenjara 5 Tahun Kerana Galak Keahlian Pengganas

oleh Ahmad Albab
21/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang bekas juruteknik kapal terbang dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menggalakkan keahlian dan membenarkan perjumpaan berkaitan kumpulan pengganas.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman penjara ke atas Nor Hafizy Che Meh, 39, masing-masing lima tahun bagi kesalahan menggalakkan keahlian dan membenarkan perjumpaan berkaitan kumpulan pengganas.

Mahkamah memerintahkannya menjalani kedua-dua hukuman itu serentak bermula dari tarikh tangkap pada 23 Mac 2016.

Dalam penghakimannya, Azman berkata mahkamah berharap hukuman yang dijatuhkan memberi kesedaran kepada tertuduh dan individu lain yang berhasrat mengikuti aktiviti keganasan sama ada di luar negara atau di Malaysia.

“Saya berharap hukuman yang dijatuhkan selain memberi pengajaran, dapat juga memberi ingatan kepada semua pihak untuk menghindari atau menghampiri mana-mana pihak yang cuba mempromosi kumpulan keganasan ini,” katanya.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Nor Hafizy didakwa telah menggalakkan keahlian dalam kumpulan pengganas Daesh dan telah membenarkan perjumpaan berkaitan kumpulan pengganas di rumah beralamat Lot 6846-F, Lorong Kemboja, Kampung Melayu Subang, Petaling Jaya, Selangor antara Disember 2013 hingga Oktober 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130G(b) dan Seksyen 130H(a) Kanun Keseksaan yang kedua-duanya memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah berminat dengan jihad dan kumpulan pengganas sejak tahun 2013 dan berkongsi maklumat mengenai kumpulan pengganas dengan rakan-rakan melalui laman sosial Facebook.

Tertuduh juga telah menjadikan rumah sewanya sebagai tempat menyampaikan ‘usrah’ berkaitan keganasan dan cuba menggalakkan keahlian selain telah menunjukkan video penyembelihan seorang tahanan di dalam akaun Facebook miliknya.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam memohon hukuman berat kerana kedua-dua kesalahan itu adalah serius iaitu dengan menggalakkan rakan-rakannya menyertai keganasan, menggunakan rumah sewa sendiri untuk menyebarkan ideologi keganasan selain menunjukkan video keganasan kepada pengikut-pengikutnya.

Peguam Mohd Fadhly Yaacob yang mewakili tertuduh merayu hukuman ringan dengan alasan tertuduh yang mempunyai dua isteri dan tiga orang anak itu telah menyesal atas perbuatannya. – BERNAMA

Tags: juruteknikpengganas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kos Haji Dijangka Terus Meningkat – Jamil Khir

Next Post

NUJ Bebas Untuk Boikot UMNO Pahang Sehingga ‘Kiamat’

Related Posts

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

‘Saya Pelik… Tak Pernah Berurusan Dengan Kumpulan Dilabel Pengganas’

18/02/2024
0

KUALA LUMPUR: "Saya tidak dapat pemakluman terus, cuma dapat tahu daripada rakan-rakan dan salinan surat yang tular," kata bekas Pengurus...

Juruteknik Minta Rasuah Direman 6 Hari

Juruteknik Minta Rasuah Direman 6 Hari

19/08/2023
0

Kuala Lumpur: Juruteknik direman enam hari bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta rasuah berjumlah RM1,500 daripada seorang pemilik rumah sebagai...

Next Post

NUJ Bebas Untuk Boikot UMNO Pahang Sehingga 'Kiamat'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd