Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

Bantal, Bingkai Gambar Dikemuka...

KUALA LUMPUR - Dua helai cadar, enam biji bantal berjenama dan sebuah bingkai...

PAS Jumpa Wakil Gereja...

BUKIT MERTAJAM - Beberapa pemimpin PAS mengadakan pertemuan dengan wakil gereja Katolik dan...

Cheng Hoe Sudah Ada...

NILAI - Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe sudah memiliki bayangan kesebelasan utama...

Petani Malaysia Wajar Contohi...

KANGAR - Para petani khususnya pesawah di negara ini harus mencontohi semangat yang...

GV3: Nyanyi Lagu Sendiri, Nora ‘Anak Emas’ Astro?

GARA-GARA memberikan peluang penyanyi Nora menyanyikan lagunya sendiri di pentas pertandingan separuh akhir Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) minggu hadapan, sesetengah netizen melabelkan penyanyi itu sebagai ‘anak emas’ Astro.

Netizen menyifatkan ia tidak adil untuk peserta lain yang terpaksa bertungkus lumus menghafal lagu penyanyi lain selama satu minggu ini.

GV3: Nyanyi Lagu Sendiri, Nora 'Anak Emas' Astro?
Raqim Ahmad Ramli.

Mengulas mengenai hal itu, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad Ramli menjelaskan, “Ketiga-tiga lagu yang diberikan tidak diterima oleh pihak Nora, mungkin kerana range yang berlainan dan sebagainya.”

“Hanya Nora dan Siti Sarah yang tidak mengambil lagu yang dipilih media,” ujarnya memetik Astro Awani.

Untuk minggu separuh akhir yang akan diadakan Ahad ini, Nora mendapat lagu Sandiwara bagi pilihan daripada pihak media.

Untuk minggu hadapan, peserta perlu menyanyikan sebuah lagu iaitu pilihan media serta satu lagu duet yang dipilih Astro.


Pada konsert minggu keenam semalam, penyanyi Zur Eda tersingkir manakala Gmie Screen terselamat selepas imuniti diberikan kepadanya.

Kini tinggal tujuh peserta sebelum melangkah ke pertandingan akhir iaitu Zarul Umbrella, Azharina, Siti Sarah, Nora, Intan Sarafina, Gmie Screen dan Ameng Spring. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori