Saturday, May 11, 2024

Creating liberating content

Lokasi Penemuan Mayat Zayn...

PETALING JAYA: Lokasi penemuan mayat kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin berdekatan...

Xi Jinping Pelawa Presiden...

HARARE - Presiden China, Xi Jinping mempelawa Presiden baharu Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa melawat...

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas...

KUALA LUMPUR - Setakat ini Wisma Putra menjelaskan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas...

Saran Wujud Pusat Tuisyen...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota Parlimen hari ini mencadangkan Kementerian Pendidikan mewujudkan pusat...

Che Ta Tayang Banglo Baru Beli… Mewah Habis Beb!

SEBUT sahaja nama Rozita Che Wan, pastinya ramai membayangkan kehidupan serba mewah selain minatnya yang gemar pergi melancong.

Mana tidaknya, beg puluhan ribu yang diperagakan sentiasa kelihatan silih berganti, setiap bulan ada sahaja destinasi percutian luar negaranya dan pakaian yang digayakan nampak mewah-mewah belaka!

Isu Bagasi Tercicir, MAB Mohon Maaf Kepada Che Ta

'Service MAB Memalukan!' - Che Ta Kecewa Beg Tercicir
Che Ta

Dek kerana sikap terbukanya mendedahkan kehidupan itu, ada yang menyifatkan Che Ta sengaja menunjuk-nunjuk kekayaan dimiliki di laman sosial.

Walaupun dikritik, Che Ta langsung tidak mengambil pusing dan terus rancak melebarkan empayar perniagaannya.

Usaha titik peluhnya ternyata membuahkan hasil apabila baru-baru ini Che Ta memuat naik gambar rumah banglo mewahnya yang terletak di Kota Damansara, Selangor.

15107208_337117766645677_6717903345999108739_n


Banglo itu dipercayai baru dibelinya kerana sebelum ini difahamkan, Che Ta bersama keluarga tinggal di Subang Jaya.

Sementara itu, rata-rata peminat menzahirkan ucapan tahniah kepada Che Ta atas pencapaiannya itu.

Tidak kurang juga, yang menasihati agar Che Ta tidak menunjuk kemewahannya lagi kerana takut-takut kemudian hari diintai pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Rozita Che Wan Belum Sedia Berhenti Berlakon
Tambahan pula, Che Ta baru-baru ini disekat untuk keluar negara berikutan mempunyai cukai tertunggak.

Walau bagaimanapun, pelakon Kiah Pekasam ini ada menjelaskan bahawa dia tidak lupa bayar cukai namun amaun tunggakan yang ditanggung terlalu besar untuk dilangsaikan dengan kadar sekali gus. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori