• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cederakan Remaja, Pemuda Didenda RM2,000

oleh Ahmad Albab
10/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pemuda didenda RM2,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini, hari ini kerana mencederakan seorang pelajar berusia 16 tahun menggunakan sebilah pisau.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhkan hukuman itu ke atas Harrith Razali, 32, selepas dia mengaku bersalah dengan sengaja mencederakan remaja lelaki itu di Pangsapuri Anggerik, Taman Bukit Permai 2, Jalan 1/2H, Bukit Teratai, Ampang Jaya, di sini, pada 8.30 malam, 4 Nov lepas.

Tertuduh yang menjalankan perniagaan pelaburan mata wang asing (Forex trading) didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Nazri Yahya merayu supaya mahkamah menjatuhkan hukuman denda paling minimum dengan alasan tertuduh telah insaf dan ini merupakan kesalahan pertamanya.

Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran mengambil kira kecederaan yang dialami mangsa. – BERNAMA

Tags: kes mahkamahkes pukul
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

13/08/2025
0

Batu Pahat: Lelaki yang memukul guru sekolah memandu hingga berlumuran darah serta merosakkan kenderaan di perkarangan Balai Polis Parit Sulong,...

Kes Lelaki Diikat, Dipukul Hingga Maut: 5 Penghantar Makanan Didakwa Membunuh

Kes Lelaki Diikat, Dipukul Hingga Maut: 5 Penghantar Makanan Didakwa Membunuh

27/02/2024
0

Bangi : Lima penghantar makanan didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi, di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd