• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cabaran Beregu Campuran Negara Berakhir Awal

oleh Ahmad Albab
23/11/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perjuangan pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying dan Tan Kian Meng/Lai Pei Jing dalam saingan badminton Siri Super Terbuka Hong Kong, berakhir pada pusingan pertama, Selasa.

Peng Soon/Liu Ying yang turun sebagai pilihan keempat kejohanan mudah dijinakkan pasangan beregu daripada Korea Selatan, Yoo Yeon Seong/Chang Ye Na 12-21, 11-21 dalam pertarungan selama 37 minit.

Kekalahan tersebut merupakan kekalahan pertama Peng Soon/Liu Ying di tangan pasangan Korea Selatan itu selepas mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut pada pertemuan sebelum ini.

Dalam satu lagi perlawanan menyaksikan Kian Meng/Pei Jing terpaksa akur kepada pasangan Yugo Kobayashi/Misaki Matsutomo dari Jepun apabila tewas 16-21, 18-21 dalam aksi selama 34 minit.

Sementara itu, Ong Yew Sin/Teo Ee Yi meneruskan perjuangan ke undian utama beregu lelaki bersama-sama Goh V Shem/Tan Wee Kiong, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong dan Lim Khim Wah/Ong Jian Guo.

Yew Sin/Ee Yi yang menewaskan pasangan Indonesia Hantoro/Fernando Kurniawan 13-21, 21-11, 21-14 dan dijadualkan bertemu beregu pilihan kelima dari Denmark Mads Conrad-Petersen/Mads Pieler Kolding.

Sementara V Shem/Wee Kiong akan bertemu Kim Astrup/Anders Skaarup Rasmussen juga dari Denmark manakala Kien Keat/Boon Heong menentang pasangan Korea Selatan, Kim Jae Hwan/Yoo Yeon Seong dan gandingan Kim Wah/Jian Guo akan bertemu Vladimir Ivanov/Ivan Sozonov dari Rusia.

Pemain perseorangan lelaki Chong Wei Feng yang akan bertemu pemain Thailand, Tanongsak Saensomboonsuk manakala Iskandar Zulkarnain Zainuddin akan berjumpa pemain Korea Selatan Son Wan Ho dan Zulfadli Zulkifli akan menentang pemain tuan rumah, Angus Ng Ka Long, masing-masing akan memulakan saingan pusingan pertama esok.

Bagi beregu wanita pula, Chow Mei Kuan/Lee Meng Yean akan bertemu Bao Yixin/ Yu Xiohan dari China dan Vivian Hoo/Woon Khe Wei bertemu Natasha Herloardjo/ Rofahadah Supriadi Putri dari Indonesia. – BERNAMA

Tags: badminton
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

19/05/2023
0

KUALA LUMPUR – Skuad badminton kebangsaan mencapai sasaran mara ke separuh akhir pada saingan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd