• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BSN Sasar Agih RM6 Bilion Pinjaman Skim Perumahan Belia

oleh Ahmad Albab
15/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bank Simpanan Nasional (BSN) menyasar untuk mengagihkan pinjaman sekurang-kurangnya RM6 bilion bagi Skim Perumahan Belia menjelang Julai tahun depan.

Skim yang dilancarkan pada Julai 2015 itu bertujuan untuk membantu pasangan muda yang berkahwin berumur antara 25 hingga 40 tahun dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama.

Timbalan Ketua Eksekutif Frederick Siew berkata skim itu telah mendapat 4,000 permohonan pinjaman bernilai hampir RM1 bilion, sehingga Oktober tahun ini dengan kadar kelulusan sebanyak 50 peratus.

“Kita telah meluluskan 2,000 permohonan berjumlah RM500 juta. Sehingga kini, kami mengagihkan RM200 juta memandangkan projek mempunyai pelbagai peringkat penyiapan,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman mengenai kerjasama dengan pemaju hartanah, Oriental Interest Bhd (OIB), di sini hari ini.

Kerjasama berkenaan adalah bagi projek Fasa 2 Seroja Hills Condominium OIB di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

Projek dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM84 juta itu mempunyai 256 unit kondominium, dengan setiap unit yang menawarkan kawasan binaan seluas 1,096 kaki persegi dan berharga dari RM320,000.

Projek ini dijangka siap pada pertengahan 2019.

Siew berkata BSN juga kini meninjau untuk mengadakan kerjasama dengan lebih banyak pemaju hartanah untuk mempromosikan Skim Perumahan Belia ini bagi pasangan muda yang berkahwin untuk memiliki rumah.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan dan Ketua Jabatan Pengedaran BSN Akhsan Zaini berkata bank kini menimbang untuk melanjutkan Skim Perumahan Belia itu apabila tamat program dua tahun.

“Apabila tamat, kita akan bincang dengan kerajaan untuk melanjutkannya. Skim Perumahan Belia ini adalah inisiatif kerajaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: BSN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Guna Lagi Dana KWSP – DPMM

07/01/2022
0

KUALA LUMPUR: Pengeluaran dana persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak boleh diteruskan kerana ia bukan lagi realistik bagi semua...

BSN Kreditkan Bayaran BPR Hari Ini

07/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Bank Simpanan Nasional (BSN) memulakan pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 fasa dua bermula hari ini hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd