• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bot Karam Di Batam: APMM Arah Aset Buat Pemantauan

oleh Ahmad Albab
03/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mengarahkan asetnya melakukan pemantauan di sempadan perairan negara bagi menjejaki mangsa bot karam di Tanjung Ban-Ban dekat Batam, Indonesia semalam.

Pengarah Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Adon Shalan berkata arahan itu dikeluarkan selari dengan kebimbangan terdapat mangsa yang telah hanyut ke perairan negara.

Namun sehingga kini, tiada sebarang penemuan direkodkan berhubung mangsa bot karam berkenaan.

“Kejadian bot karam di perairan Tanjung Ban-Ban dekat Batam itu berlaku kira-kira empat batu nautika dari luar perairan Malaysia dan APMM turut menerima maklumat daripada Badan SAR Nasional (Basarnas) Indonesia berkaitan kes tersebut.

“Atas maklumat itu, APMM telah mengarahkan aset kita membuat pemantauan di sempadan Malaysia kerana dikhuatiri ada mangsa hanyut ke perairan negara,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Semalam, media antarabangsa melaporkan sekurang-kurangnya 18 orang ditemui mati lemas sementara 39 orang lagi berjaya diselamatkan selepas bot membawa hampir 100 pekerja Indonesia karam di perairan itu.

Nasib 36 penumpang lain yang masih hilang pula, masih belum diketahui.

Adon berkata mana-mana komuniti maritim yang mempunyai maklumat atau telah menemukan mangsa di perairan Johor Timur diminta agar menghubungi pihaknya melalui talian 07-2219231 atau MERS 999 dengan segera. – BERNAMA

Tags: APMMbot karam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd