• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BNM Lantik Anggota Majlis Penasihat Syariah 2016-2019

oleh Ahmad Albab
02/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pelantikan ahli Majlis Penasihat Syariah (MPS) bagi tempoh tiga tahun, berkuat kuasa 1 November 2016.

Dalam satu kenyataan, BNM berkata menurut peruntukan Seksyen [53], Akta Bank Negara Malaysia 2009, pelantikan ahli MPS ini telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Ahli MPS yang dilantik bagi tempoh baharu tahun 2016-2019 ialah seperti berikut:

1. Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman – Penasihat Perundangan Syariah, Jabatan Peguam Negara

2. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri – Mufti Wilayah Persekutuan

3. Datuk Dr. Mohd Daud Bakar – Pengerusi Eksekutif, Amanie Advisors

4. Datuk A. Aziz. A. Rahim – Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia

5. Prof. Dr. Mohamad Akram Laldin – Pengarah Eksekutif, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA)

6 Prof. Dr. Engku Rabiah Adawiah Engku Ali – Profesor, Institut Kewangan dan Perbankan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

7. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim – Ketua Pegawai Eksekutif ISRA Consultancy

8. Prof. Madya Dr. Asmadi Mohamed Naim – Profesor Madya, Pusat Pengajian Perniagaan Islam, Universiti Utara Malaysia (UUM)

9. Dr. Shamsiah Mohamad – Penyelidik Kanan ISRA

10.Burhanuddin Lukman – Penyelidik ISRA

Menurut Bank Negara ahli MPS yang dilantik merupakan individu yang berkelayakan, cekap dan terkemuka dalam kalangan ulama Syariah dan ahli undang-undang dan berpengalaman luas dalam bidang kewangan, perbankan, undang-undang, dan aplikasi Syariah, khususnya dalam bidang ekonomi dan kewangan Islam.

Sebagai badan berautoriti tertinggi dalam penentuan hukum Syarak bagi kewangan Islam, MPS memainkan peranan penting untuk memastikan ketekalan resolusi Syariah yang diaplikasikan dalam industri kewangan Islam.

Resolusi Syariah MPS merupakan sumber rujukan utama bagi institusi kewangan Islam dalam memastikan pematuhan Syariah dalam penstrukturan dan pelaksanaan produk dan perkhidmatan kewangan Islam serta menggalakkan inovasi produk.

Selain itu, MPS juga merupakan badan rujukan bagi mahkamah dan penimbang tara dalam mengendalikan dan membuat keputusan bagi kes-kes yang berkaitan dengan kewangan Islam, kata Bank Negara. – BERNAMA

Tags: BNMpatuh syariah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

21/10/2025
0

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau telah...

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd