• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersih 5: Hishammudin Rais Ditahan Polis

oleh Ahmad Albab
19/11/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lagi ahli jawatankuasa pertubuhan haram Bersih 2.0, Hishammuddin Rais telah ditahan oleh pihak polis menjelang perhimpunan tanpa permit Bersih 5.

Aktivis propembangkang itu berjaya ditahan di sekitar Bangsar Utama pada pukul 10.30 pagi Sabtu. Beliau sebelum itu dilaporkan sempat berucap sebelum berarak ke pusat bandar raya.

Bagaimanapun pihak polis belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai isu penahanan itu namun ia dipercayai mungkin berkaitan kesalahan mengingkari Akta Perhimpunan Aman 2012.

Hishammuddin merupakan individu kedua yang telah ditahan pihak polis pada Sabtu selepas penahanan Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos kira-kira 1.30 pagi Sabtu.

Polis mula bertindak tegas pada Jumaat apabila menahan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dan Ahli Sekretariat Bersih, Mandeep Singh dalam satu serbuan di pejabat badan bukan kerajaan (NGO) itu.

Ahli Parlimen DAP Seremban, Anthony Loke dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri DAP Pandamaran, Ronnie Liu turut ditahan pada Jumaat. – mStar Online

Tags: BERSIH 5Hishamuddin Rais
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bagaimana Hishamuddin, Adam Adli Berada Dalam JKP?

10/05/2019
0

KUALA LUMPUR – Gerakan Reformasi IPT mempersoalkan bagaimana dua akitivis politik, Hishamuddin Rais dan Adam Adli Abd. Halim boleh dilantik...

Hishamuddin Hadir Beri Keterangan Isu Siasatan Fitnah

16/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Polis memanggil aktivis sosial, Hishamuddin Rais untuk memberi keterangan berhubung satu daripada artikel yang dimuat naik dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd