• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beregu Lelaki Mampu Cipta Kejutan Di Kejohanan Dunia

oleh AK-47
09/11/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasangan beregu lelaki Kelab Badminton Petaling (PBC) Cheng Tan Jie-Man Wei Chong mampu melakar kejutan pada Kejohanan Remaja Dunia yang sedang berlangsung di Sepanyol.

Ketua jurulatih PBC, Yap Kim Hock berkata berdasarkan prestasi semasa dipamerkan pasangan muda itu, beliau yakin mereka mampu memberi saingan sengit pada kejohanan tersebut.

“Mereka berpotensi besar…walaupun saya tidak berada di sana, saya percaya mereka mampu bermain dengan sangat bagus kerana pada kejohanan sebelum ini, mereka mengejutkan beberapa beregu lain.

“Pada saya, kedua-dua pemain ini sememangnya berada dalam program masa depan kelab kami untuk bawa nama Malaysia ke persada dunia. Mereka hanya perlu diberi lebih pendedahan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pada Kejohanan Remaja Dunia yang sedang berlangsung di Bilbao Arena itu, pasangan Cheng-Man mendapat ‘bye’ pada pusingan pertama, dan dijadual bertemu beregu Itali, Fabio Caponio-Giovanni Toti di pusingan kedua hari ini.

Kim Hock berkata pasangan itu mula digandingkan pada awal September lepas ketika Kejohanan Badminton Remaja Terbuka India dan Terbuka Malaysia.

“Ini kali ketiga mereka digandingkan bersama dalam kejohanan antarabangsa dan mereka telah menunjukkan aksi yang positif,” katanya. – BERNAMA

Tags: badmintonBereguYap Kim Hock
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

19/05/2023
0

KUALA LUMPUR – Skuad badminton kebangsaan mencapai sasaran mara ke separuh akhir pada saingan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd