• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belum Ada Keputusan Bangunkan Loji Nuklear Di Malaysia

oleh Ahmad Albab
03/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan mengenai pembangunan loji jana kuasa nuklear di Malaysia setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.

Walaupun Program Transformasi Ekonomi (ETP) menyasarkan tarikh loji jana kuasa nuklear beroperasi pada 2021, beliau berkata tarikh itu dianjakkan kerana kerajaan perlu mengambil kira perkembangan dan sentimen semasa di dalam dan luar negara khususnya kesan tsunami pada Mac 2011 terhadap program jana kuasa nuklear di Jepun.

“Berdasarkan maklumat awal yang diperoleh daripada kajian, kemungkinanmenunjukkan garis masa tempoh pelaksanaan pembinaan loji jana kuasa nuklear memerlukan sekurang-kurangnya 11 tahun daripada tarikh kerajaan membuat keputusan dan proses pembidaan projek sehingga siap projek itu,” katanya menjawab soalan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Noor Ehsanuddin ingin tahu bilakah pembangunan dua loji nuklear yang berkapasiti dua gigawatts seperti yang terkandung dalam ETP sebagai sebahagian daripada Model Ekonomi Baru yang diumumkan pada 25 Okt 2010 akan mula dibina.

Nancy berkata berdasarkan kajian itu, program jana kuasa nuklear di Malaysia hanya boleh beroperasi selepas 2030 dan tertakluk kepada kelulusan Rang Undang-Undang Kawalseliaan Tenaga Atom yang baharu dan komprehensif.

Nancy menjelaskan pembangunan nuklear di Malaysia bukanlah merujuk kepada penggunaan senjata sebaliknya berhubung pengunaan nuklear bagi penjanaan kuasa elektrik.

“Malaysia bukan satu-satunya negara di rantau ASEAN yang sedang meneroka kemungkinan untuk melaksanakan program nuklear untuk tenaga, negara jiran Indonesia, Vietnam dan Thailand juga sedang berusaha ke arah itu,” katanya.

Vietnam katanya telah memeterai perjanjian dengan Rusia bagi tujuan pembinaan loji jana kuasa nuklear pertama di negara itu. – BERNAMA

Tags: Nancy ShukriNuklear
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Trump Dan Israel Berbohong, Tiada Bukti Iran Bina Senjata Nuklear

Trump Dan Israel Berbohong, Tiada Bukti Iran Bina Senjata Nuklear

18/06/2025
0

VIENNA - Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi mengesahkan tiada bukti Iran sedang membangunkan program senjata nuklear. Kenyataan...

Nancy Lancar Jabatan Khusus Isu Kanak-Kanak

Nancy Lancar Jabatan Khusus Isu Kanak-Kanak

06/08/2024
0

Kerajaan telah mengambil langkah penting ke arah meningkatkan perlindungan dan kebajikan kanak-kanak dengan pelancaran rasmi Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd