• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Polis Ditahan Menyamar Polis Dan Peras Ugut

oleh Ahmad Albab
04/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang bekas anggota polis ditahan bagi membantu siasatan kes seorang peniaga diperas ugut sehingga RM20,000 oleh sekumpulan lelaki yang menyamar sebagai polis di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Jalan Burma, di sini 25 Okt lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata lelaki berusia 57 tahun itu ditahan di George Town kira-kira 1 tengah hari semalam.

“Berdasarkan siasatan, bekas anggota polis yang pernah bertugas di Pulau Pinang itu merupakan anggota kumpulan yang sama dengan lima lelaki yang kami tahan sebelum ini. Mereka dipercayai aktif sejak tahun lepas.

“Siasatan juga mendapati selain terlibat dalam beberapa kes yang sama di Pulau Pinang, mereka juga terlibat dalam kes menyamar sebagai polis dan memeras ugut mangsa di beberapa negeri lain,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata kumpulan itu menyamar sebagai polis dengan menjadikan bekas tahanan ordinan darurat sebagai mangsa mereka.

Mior Faridalathrash berkata siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan wang tunai yang mereka peroleh daripada mangsa dalam kejadian di George Town itu.

“Susulan penahanan lelaki itu, polis turut merampas baju tertera logo Polis Diraja Malaysia (PDRM), kasut hitam, gari, kad kuasa polis, jam tangan berjenama dan telefon bimbit,” katanya.

Isnin lepas, polis menahan lima lelaki termasuk bekas sukarelawan polis di Hulu Klang, Selangor, berusia 23 hingga 58 tahun, di George Town dan Ampang, Selangor bagi membantu siasatan kes itu.

Dalam perkembangan lain beliau berkata polis telah mengenal pasti lelaki yang menumpangkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Jambatan Pulau Pinang, Jumaat lepas dan dibawa bermalam di hotel di Taiping, Perak. Kanak-kanak itu ditemui selamat keesokan harinya.

Usaha mengesan lelaki berusia 50-an dan merupakan penduduk tempatan di George Town itu giat dijalankan, katanya. – BERNAMA

Tags: menyamar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

05/01/2025
0

Shah Alam : Seorang lelaki ditahan selepas menyamar sebagai anggota polis dan menyamun sebuah keluarga warga asing dalam kejadian di...

Bekas Penceramah Bebas Tak Mengaku Tuduhan Pindaan Menyamar Peguam

Bekas Penceramah Bebas Tak Mengaku Tuduhan Pindaan Menyamar Peguam

09/12/2024
0

SEREMBAN - Bekas penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin atas pertuduhan pindaan menyamar sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd