• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Anggota Polis Ditahan Bersama 10Kg Daun Ketum

oleh Ahmad Albab
10/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang lelaki bekas anggota polis ditahan ketika cuba melarikan diri bersama kira-kira 10 kilogram dipercayai daun ketum di Jalan Batu Berendam di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata lelaki berusia 35 tahun yang memandu teksi milik rakannya itu ditahan selepas dikejar polis sejauh tiga kilometer kira-kira 10.30 malam tadi.

“Sebelum ditahan suspek yang memandu kenderaan itu bersama seorang lagi rakannya cuba melarikan diri daripada pemeriksaan jalan raya sehingga mereka tiba di laluan mati di Taman Sutera Belia di sini.

Rakan mangsa bagaimanapun berjaya meloloskan diri daripada ditahan dan pemeriksaan mendapati terdapat daun dipercayai ketum di dalam teksi tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek berkenaan meminjam teksi daripada rakannya di Kuantan, Pahang sebelum ke Ipoh, Perak bagi mengambil bekalan daun ketum tersebut untuk diedarkan di sekitar negeri ini.

Katanya ujian saringan urin mendapati lelaki yang kini bekerja sebagai penjual buah itu positif dadah jenis methamphetamin dan kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Shaikh Abdul Adzis berkata siasatan turut mendapati lelaki berkenaan mempunyai empat rekod jenayah lampau kerana menghalang tugas penjawat awam dan dadah. – BERNAMA

Tags: anggota polisketum
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini  Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

24/06/2026
0

Oleh Mynewshub GOPENG, 23 Jun 2026 – Sebanyak lapan individu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori kontena,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd