Saturday, May 11, 2024

Creating liberating content

JBPM Kelantan Sudah Bersiap...

KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sudah bersiap siaga...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR - Saham di Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini susulan belian...

‘Bangang’ Kritik Kemenangan Nicol...

INCHEON - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan pihak yang...

India Denda Pesawat Buang...

NEW DELHI - Sebuah mahkamah alam sekitar India memerintahkan syarikat penerbangan yang membuang...

Minyak Masak Paket 1 Kg Cukup Sepanjang November

PUTRAJAYA – Pengeluaran 60 juta paket minyak masak bagi paket satu kilogram secara berperingkat sepanjang November dijangka cukup untuk menampung keperluan pengguna di seluruh negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, pada 10 hari pertama November sebanyak 20 juta paket minyak masak satu kilogram dikeluarkan, 20 juta paket lagi pada 10 hari kedua dan bakinya pada 10 hari terakhir.

“Isu kekurangan minyak masak di pasaran sudah mulai reda berbanding minggu pertama November. Aduan yang diterima KPDNKK (mengenai isu minyak masak) juga sudah berkurangan iaitu 400 aduan sekarang berbanding hampir 1,000 aduan pada minggu pertama,” katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan KPDNKK di sini hari ini.

Bermula 1 November lepas, harga minyak masak di dalam botol dijual mengikut harga ditetapkan pengeluar manakala harga bagi satu paket satu kilogram bahan itu kekal pada RM2.50.

Jelas Hamzah, masalah kekurangan minyak masak di pasaran timbul kerana kekeliruan antara pengilang dan syarikat pembungkusan semula, pembelian panik pengguna dan tindakan kumpulan tertentu yang menyorok minyak masak.

Ditanya mengenai cadangan menjual minyak masak paket satu kilogram di dalam botol, beliau berkata, perkara itu perlu dibincangkan secara terperinci.


Mengulas dakwaan harga gas petroleum cecair (LPG) yang akan naik RM7 setong mulai tahun depan yang menjadi viral di media sosial, Hamzah berkata, pegawai KPDNKK membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya berhubung perkara itu, semalam.

“KPDNKK mahu polis menyiasat pihak yang memulakan viral itu di media sosial,” katanya.

KPDNKK dalam kenyataan sebelum ini memberi jaminan harga LPG masih kekal pada harga sedia ada.

Laporan media sebelum ini menyebut sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan rakyat sekali lagi akan terbeban apabila harga LPG turut naik tahun depan selepas kenaikan harga minyak masak 1 November lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori