• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Pendarahan Luar Otak, Jatuh Di Rumah Pengasuh

oleh AK-47
21/11/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG bayi lelaki berusia lapan bulan mengalami pendarahan di luar otak di sebelah kiri dipercayai terjatuh ketika dalam jagaan pengasuhnya di Selayang Indah, Khamis lalu.

Kejadian hanya disedari bapanya, Amminur Redzhan, 26 selepas mengambil anaknya Muhammad Akar Fayyadh pulang dari rumah pengasuh pada jam 7.30 malam, sebelum dihantar ke Hospital Selayang.

“Sepanjang saya mengambil Fayyadh di rumah pengasuh, dia tidak berhenti menangis dan pada masa yang sama, seluruh mukanya disapu losen gatal. Bila saya mencium kepalanya, dia menangis lebih kuat.

“Bila berada di dalam kereta, saya ternampak ada kesan benjolan di kepala Fayyadh dan menghubungi pengasuh untuk mendapatkan kepastian jika Fayyadh terjatuh ketika dalam jagaannya. Tetapi pengasuh menafikannya,” kata Amminur, lapor Harian Metro.

Menurutnya, pengasuh berkenaan memberikan alasan adalah normal bayi terjatuh dan dia diberitahu agar jangan terlalu memanjakan anak.

Bimbang dengan keadaan anaknya, Amminur membawa Fayyadh ke hospital swasta tempatnya bekerja untuk pemeriksaan doktor pakar.

Bayi Alami Pendarahan Luar Otak, Jatuh Di Rumah Pengasuh

“Doktor memaklumkan saya supaya segera menghantar anak ke Hospital Selayang dan membuat laporan polis berikutan kejadian yang menimpa Fayyadh.

“Ketika itu hanya tuhan saja tahu bagaimana perasaan saya dan isteri apabila anak diminta melalui pelbagai ujian termasuk ujian imbasan,” katanya.

Bagaimanapun, Amminur lega anaknya tidak mengalami pendarahan dalaman dan hanya mengalami pendarahan di luar otak di atas tempurung kepalanya sahaja.

Bayi Alami Pendarahan Luar Otak, Jatuh Di Rumah Pengasuh

Amminur kesal dengan kejadian yang menimpa anaknya dan juga menafikan dakwaan pengasuh bahawa dia terlalu memanjakan anaknya.

“Saya bukan manjakan anak tetapi ini soal keselamatan,” katanya.

Setakat ini, pengasuh anaknya tidak datang melawat Fayyadh di hospital mahupun bertanya khabar melalui SMS.

Menurut ibu mangsa, pendarahan di luar otak tidak perlu dibedah dan mereka dimaklumkan bahawa retak di kepala Fayyadh akan pulih sendiri tetapi mengambil masa yang agak lama serta memerlukan penjagaan yang rapi.

“Keadaan Fayyadh sekarang sudah semakin aktif dan telah dibenarkan keluar dari wad, petang semalam,” katanya.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan.

Tags: bayihospitalpendarahan luar otak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan laporan mengenai pegawai perubatan siswazah bekerja sehingga 85 jam seminggu sebagai amat...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd