Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Istana Siar Gambar Eksklusif...

ISTANA Kensington telah mengeluarkan empat keping gambar yang memaparkan imej anak pertama Duke...

Ahmad Zahid Tiba Di...

BEIJING — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di...

Saman Sekolah, Guru Biar...

KUALA LUMPUR — Seorang bapa bertindak memfailkan saman cuai terhadap sebuah sekolah swasta...

97.5 Peratus Guru Lengkap...

KUALA LUMPUR : Sebanyak 97.5 peratus guru sudah lengkap vaksinasi COVID-19, setakat 31...

Anwar Kena Tipu Bersih 5 Banjiri KL?

KUALA LUMPUR – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan besar ditipu oleh partinya sendiri berhubung bilangan peserta Bersih 5 baru-baru ini.

Mungkin kerana mahu menggembirakan hati si ketua, Anwar yang sedang meringkuk dalam penjara kerana kesalahan meliwat menerima maklumat kononnya ibu negara telah dibanjiri dengan warna kuning pada 19 November lalu.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucap tahniah kepada Maria Chin, Bersih 2.0 dan rakyat Malaysia yang berani hadir beramai-ramai minggu lalu, MEMBANJIRI Kuala Lumpur dengan semangat Bersih 5.

“Saya amat berbangga dengan apa yang telah dicapai pada 19 November 2016,” katanya dalam satu pesanan dari Penjara Sungai Buloh yang disebarkan oleh PKR hari ini.

Umum bagaimanapun mengetahui demonstrasi jalanan anti kerajaan Bersih 5 anjuran kumpulan liberal dan parti pembangkang sangat hambar kerana cuma dihadiri kira-kira 15,000 orang yang majoritinya kaum Cina.


Malah, media totok pembangkang sekali pun cuma berani menambah ganda bilangan peserta Bersih 5 sekitar 30,000 orang dalam laporan mereka sebagai penyedap telinga dan mengelakkan malu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori