• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Annuar Tidak Akan Berganjak Dengan Pendiriannya

oleh Ahmad Albab
14/11/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Tan Sri Annuar Musa tetap dengan pendiriannya meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebagai memberikan laluan kepada individu yang lebih layak menerajui persatuan itu.

Katanya beliau tidak mahu menjadi seorang yang tamakkan jawatan setelah merasakan beliau tidak lagi berkemampuan untuk menguruskan KAFA.

Bagaimanapun, beliau yakin terdapat ramai anak Kelantan yang berjaya di luar sana yang boleh membawa pasukan bola sepak negeri itu ke peringkat yang lebih cemerlang.

“Ini bukan bermakna saya merajuk dengan sesiapa, atau tidak akan membantu KAFA selepas tidak memegang jawatan presiden. Saya tetap akan membantu setakat mana mampu.

“Kita tengok dulu apabila calon baharu ambil alih KAFA…jika tidak ada keserasian, saya tidak ada masalah untuk kembali semula kepada KAFA,” katanya.

Annuar, yang juga Ketua Penerangan UMNO, berkata demikian kepada pemberita selepas pertemuan dengan kepimpinan akar umbi UMNO peringkat negeri di sini semalam yang turut dihadiri Ketua Penerangan UMNO Pahang, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Beliau mengulas laporan media semalam yang menyatakan barisan Exco KAFA terus mendesak supaya beliau menarik balik hasratnya meninggalkan jawatan presiden seperti mana yang diumumkannya Selasa lepas.

Timbalan Presiden KAFA, Datuk Seri Affandi Hamzah dipetik sebagai berkata Annuar masih kekal menerajui persatuan itu selepas surat peletakan jawatannya ditolak sebulat suara oleh anggota Exco KAFA yang bermesyuarat Khamis lepas.

Mengulas lanjut, Annuar berkata beliau tidak perlu mengemukakan surat peletakan jawatannya kepada Jawatankuasa Pengurusan KAFA kerana jawatan berkenaan bukan dilantik jawatankuasa tersebut.

“Perkara ini tidak sepatutnya menjadi isu, saya rasa tidak perlu mengemukakan hasrat (letak jawatan) saya ini kepada pihak Jawatankuasa Pengurusan KAFA, sebaliknya cuma memaklumkan kepada setiausaha agung KAFA ahaja,” katanya.

Beliau mengakui ada wakil KAFA datang berjumpa dengannya semalam bagi membincangkan perkara itu dan beliau akan melihat semula prosedur peletakan jawatan itu. – BERNAMA

Tags: Annuar MusaKAFA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gempa: Rakyat Malaysia Di NZ Harus Waspada

Next Post

Rafizi Ramli Dipenjara 18 Bulan

Related Posts

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

25/08/2023
0

SHAH ALAM – Pertukaran guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sabak Bernam dan...

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

09/07/2023
0

Kuala Lumpur : Veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memutuskan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan...

Next Post

Rafizi Ramli Dipenjara 18 Bulan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd