• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Cedera Ditembak Di Bandar Sri Damansara

oleh Ahmad Albab
23/11/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang anggota polis cedera dipercayai ditembak lelaki warga Afrika di Jalan Persiaran Industri, Bandar Sri Damansara di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, anggota berpangkat Lans Koperal dikenali sebagai Syarom dari Unit Kereta Peronda (MPV) Balai Sri Damansara cedera di paha kiri.

Menurut jurucakap polis, anggota polis itu kini dilaporkan stabil dan dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Beliau berkata terdahulu, anggota itu bersama rakan setugasnya sedang melakukan rondaan cegah jenayah sebelum terserempak dengan kereta Perodua Myvi berwarna putih yang mencurigakan.

“Anggota kemudian mengejar kereta yang dinaiki tiga lelaki warga Afrika itu sejauh kira-kira dua kilometer. Mereka bertindak melanggar beberapa buah kenderaan lain untuk melarikan diri,” kata jurucakap itu.

“Anggota cuba mengejar salah seorang suspek yang cuba melarikan diri apabila kereta itu berhenti dan terkena tembakan,” katanya.

Beliau berkata ketiga-tiga lelaki warga Afrika itu berjaya melarikan diri dan meninggalkan kereta yang dinaiki di persimpangan lampu isyarat di kawasan itu.

Seorang penduduk yang ingin dikenali sebagai Mun berkata dia melihat suspek melarikan diri dengan tergesa-gesa dan meninggalkan kereta mereka di tepi jalan.

“Saya dengar bunyi tembakan dan melihat ada lelaki warga Afrika berbadan besar melarikan diri sebelum polis tiba,” kata wanita itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Mohd Ali Thamby ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – BERNAMA

Tags: ditembakpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd