• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Hilang Lepas Berbasikal Ke Pasar 3 November

oleh AK-47
10/11/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG remaja lelaki berusia 13 tahun dilaporkan hilang selepas kali terakhir keluar dari rumah keluarganya di Johor sejak 3 November lalu.

Ibu mangsa, Masita Rahmat berkata, anak kedua daripada empat beradiknya itu, Muhammad Faiz Razaki, kali terakhir keluar dengan berpakaian baju Melayu berwarna hijau dan berbasikal bersama rakannya.

Masita, 40, diberitahu oleh seorang rakan anaknya bahawa, remaja itu dilihat berbasikal bersama rakannya, Ucop, ke kawasan Bukit Sambung di sebuah pasar raya di Masai.

“Lebih enam hari Faiz tidak pulang dan kali terakhir dia berpakaian baju Melayu berwarna hijau dan berseluar sekolah yang dipinjam dari rakannya selepas bermalam di rumah rakannya itu.

“Dia selalu keluar dan tidur di rumah rakannya selepas meminta izin. Namun kali ini disebabkan saya dan suami bekerja serta hanya tinggal anak sulung kami, dia menegah adiknya itu agar tidak keluar dari rumah,” katanya kepada Harian Metro semalam.

Menurut Masita, anaknya yang berketinggian 154 sentimeter itu dikatakan bersembahyang di sebuah masjid di Taman Kota Masai sebelum kumpulan berbasikalnya berpecah dengan FAiz dan Ucop menuju ke Bukit Sambung.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Jokhiri Abdul Aziz mengesahkan menerima laporan kehilangan remaja itu dan disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan sebagai kes orang hilang. – MYNEWSHUB.CC

Tags: budak hilangHILANG
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agensi Umrah Perjelas Kehilangan Nadia Kesuma, Usaha Pencarian Diteruskan Di Jeddah

Agensi Umrah Perjelas Kehilangan Nadia Kesuma, Usaha Pencarian Diteruskan Di Jeddah

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Pelakon filem Syaitan Munafik, Nadia Kesuma dilaporkan gagal dikesan selepas penerbangannya ke London dari Kuala Lumpur sedang transit...

Wanita Dilapor Hilang Selepas Melawat Suami Di Hospital

Wanita Dilapor Hilang Selepas Melawat Suami Di Hospital

04/01/2026
0

Shah Alam: Wanita tempatan dilapor hilang selepas melawat suaminya yang dirawat di Hospital Shah Alam (HSA), semalam. Ketua Polis Daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd