• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amar Baharin & Amyra Rosli Akhirnya Bergelar Suami-Isteri

oleh AK-47
11/11/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli selamat diijabkabulkan sebagai suami-isteri dengan sekali lafaz kira-kira pukul 5.15 petang Jumaat.

Majlis pernikahan diadakan di Hotel Premiera, di sini dengan dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri keluarga kedua-dua pihak dan rakan terdekat pasangan berkenaan.

Mereka dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Rosli Awang disaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian Dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Hazman Hashim.

Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 31, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1,111 kepada Amyra manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Pengantin perempuan turut menerima lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang kepada pihak lelaki.

Pasangan mempelai menggayakan busana berwarna putih rekaan Rizman Ruzaini.

Resepsi persandingan pasangan pengantin akan berlangsung pada malam Sabtu di lokasi yang sama.

Manakala majlis di pihak pengantin lelaki akan diadakan di Bright Star Banquet Hall, Ampang dekat sini pada 19 November ini.

Amar dan Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati, 25, mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup pada 22 Julai lalu. – mStar Online

Tags: amar baharinAmyra Rosli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Amyra Tak Tolak Rezeki Hamil Lagi

26/02/2019
0

KUALA LUMPUR: Lebih setahun melahirkan anak sulung, pelakon Amyra Rosli mengakui, sudah bersedia sekiranya diberikan rezeki untuk hamil semula. Amyra...

Kecoh Amyra Hamil Rupanya Julia Ziegler

02/08/2018
0

PELAKON Amyra Rosli menafikan dirinya kini hamil anak kedua seperti yang tular tersebar menerusi Internet baru-baru ini. Isteri kepada pelakon Amar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd