• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aksi ‘Hero’ Budak 9 Tahun Selamatkan Adik Dipuji

oleh AK-47
22/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG kanak-kanak berusia 9 tahun menjadi sensasi Internet setelah tindakan pantasnya menyelamatkan adiknya yang berusia 11 bulan dari terjatuh menjadi bualan warga siber.

Reaksi pantas Joseph Levi; 9, menyelamatkan adiknya Eitan berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang berada dalam rumahnya di Bal Harbour, Florida, Amerika Syarikat.

Menurut sebuah laman antarabangsa, difahamkan kejadian itu berlaku ketika ibu Joseph iaitu Tila Levi hendak menukar lampin Eitan di tempat menukar lampin setinggi paras pinggang namun mengalihkan perhatiannya kepada anaknya yang lain meninggalkan bayinya sendirian.

Aksi Pantas Budak 9 Tahun Selamatkan Adik Dipuji Netizen

Aksi Pantas Budak 9 Tahun Selamatkan Adik Dipuji Netizen

Menerusi video yang dikongsi, Eitan yang terbaring dilihat bergerak dan tergolek jatuh sebelum diselamatkan oleh Joseph yang berada beberapa kaki dari tempat menyalin lampin itu.

Tindakan pantas Joseph berjaya menyelamatkan adiknya dari tersembam ke lantai.

Levi yang terkejut dengan insiden itu dilihat segera mendapatkan kedua-dua anaknya dan merangkul mereka.

Ketika ditemubual oleh portal berita CNN, Levi berharap video yang dikongsinya itu dapat memberi pengajaran dan kesedaran kepada ibu bapa di luar sana supaya lebih berhati-hati dan memberikan tumpuan ketika menguruskan anak-anak. – MYNEWSHUB.CC

Tags: budakpantasterjatuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi 10 Bulan Maut Terjatuh Ketika Dimandikan Pengasuh

Bayi 10 Bulan Maut Terjatuh Ketika Dimandikan Pengasuh

15/06/2025
0

SUNGAI BULOH: Bayi perempuan berusia 10 bulan maut selepas dikatakan terjatuh ketika dimandikan pengasuh di Puncak Alam, kelmarin. Ketua Polis...

Bayi Berusia Setahun Meninggal Akibat Terjatuh Dalam Air, Mangsa Banjir Ketiga Di Kelantan

Bayi Berusia Setahun Meninggal Akibat Terjatuh Dalam Air, Mangsa Banjir Ketiga Di Kelantan

30/11/2024
0

RANTAU PANJANG: Seorang bayi berusia setahun meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam air di rumahnya di Tumpat, pagi semalam. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd