• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akhimullah Tekad Terus Sumbang Gol Kepada Skuad Negara

oleh AK-47
01/11/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pencapaian menjaringkan gol tunggal negara ketika beraksi menentang England pada perlawanan pembukaan Kejuaraan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) 2016 semalam, membakar semangat pemain muda Mohamad Akhimullah Anuar Esook untuk terus menyumbang gol kepada skuad remaja kebangsaan sepanjang kejohanan berkenaan.

Mohamad Akhimullah, 16, berkata beliau sebenarnya tidak menjangka mampu menghasilkan jaringan menerusi gol padang pada minit ke-23 perlawanan itu.

“Ketika beraksi, saya dan rakan-rakan cuma ikut apa diarahkan jurulatih sebelum turun ke padang.

“Gol tunggal semalam adalah hasil kerjasama satu pasukan yang mempunyai peranan masing-masing,” katanya kepada Bernama hari ini.

Pada perlawanan berlangsung di Stadium Hoki Taman Daya di sini, semalam, Malaysia tumpas 1-3 kepada England.

Anak jati Kemaman, Terengganu itu berkata harapan beliau adalah untuk menampilkan aksi terbaik dan menyumbangkan lebih banyak gol kepada pasukan negara sepanjang SOJC 2016.

Mohamad Akhimullah berkata setiap kali sebelum dan selepas perlawanan, beliau akan menghubungi ibunya, Rapieah Harun bagi mendapatkan restu dan doa.

“Walau di mana sahaja beraksi, saya akan telefon emak minta agar beliau mendoakan kejayaan saya,” kata anak ketiga daripada empat beradik itu.

Mengenai cita-citanya, Mohamad Akhimullah berkata impian beliau adalah untuk mewakili negara di Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

“Adalah menjadi harapan semua atlet tidak kira dalam apa jua acara sukan untuk beraksi di Sukan Olimpik, begitu juga saya,” katanya.

Mohamad Akhimullah berkata beliau mula berminat dengan sukan hoki ketika di sekolah rendah selepas menonton aksi pasukan hoki kebangsaan di televisyen.

“Pada peringkat awal, saya agak takut nak minta izin daripada keluarga untuk terlibat dalam sukan hoki, namum Alhamdulillah kini keluarga banyak memberi dorongan dan semangat kepada saya,” katanya.

Beliau seterusnya menyimpan hasrat untuk menyarung jersi kebangsaan seperti idolanya Faizal Saari, yang merupakan penyerang berbisa skuad hoki senior kebangsaan. – BERNAMA

Tags: hokiPiala Sultan Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd