Tuesday, July 16, 2024

Creating liberating content

Pembantu Kedai Makan Dipenjara...

KUALA LUMPUR - Seorang pembantu kedai makan warga Myanmar dihukum penjara 10 tahun...

6 Negeri Kekal PKPB,...

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengekalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di lima negeri...

Itik Serati, Ayam Kampung...

PASIR MAS - Itik serati dan ayam kampung salai antara juadah yang mendapat...

Promosi Berterusan Untuk Laluan...

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang akan melaksanakan promosi berterusan produk pelancongan di Kuala...

Elly Tersingkir, Instagram Ramli MS ‘Diserang’ Netizen

PENYINGKIRAN penyanyi Elly Mazlein pada konsert minggu keempat musim ketiga program realtiti, Gegar Vaganza 3 (GV3) mencetuskan pelbagai kontroversi sehingga juri tetap, Datuk Ramli MS turut menerima kritikan hebat daripada netizen.

Peminat Elly dilihat tidak berpuas hati dengan Ramli yang sering memberikan komen negatif selain terkejut dengan penyingkirannya semalam.

Ada netizen menganggap Ramli sengaja memberikan komen negatif kepada Elly dan bercakap tanpa berfikir serta sengaja mencari kesalahan pelontar lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ini.

“Kau tahu dia masih lagi lemah dengan status janda dia. Kau bagi lagi perkataan yang lemah untuk diri dia. Tahu la memang kerja sebagai juri, profesional sikit. Jaga adab jaga mulut,” tulis isym.akil.

Netizen juga berharap agar Ramli tidak menjatuhkan maruah dan merendah-rendahkan kemampuan seseorang itu.

Disebalik kritikan, ada juga netizen yang menyokong Ramli dengan menjelaskan peserta Gegar Vaganza perlulah kuat dan rasional apabila mendapat kritikan daripada juri yang sememangnya berpengalaman.

“Komen tok ram ok jer sebenarnya, cuma nak ambil sebagai positif atau negatif. Belas ihsan Astro bukan simpati, lebih kepada terpulang kalau Astro kata tak ada penyingkiran, jadi tiadalah,” tulis byoodebeauty.

Gambar yang dimuat naik dalam Instagram Tok Ram dua minggu lalu turut menjadi tempat ‘kritikan’ netizen yang sehingga kini sudah lebih 1,800 komen.

Tidak cukup dengan itu, seorang artis senior, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy turut dikritik netizen apabila meninggalkan komen ‘negatif’ mengenai penyingkiran Elly.

“Memang dia patut keluar, dok drama kehidupan je kat atas pentas. Kita nak tengok persembahan hebat bukan drama,” tulis Ogy.


Ogy sempat berbalas komen dengan peminatnya namun semua bertukar menjadi ‘huru-hara’ bila dia ‘bertelagah’ sesama peminat Elly di laman sosial Instagram.

Pada konsert malam tadi, Elly berduet dengan Acong mendendangkan lagu Jangan Menangis Sayang dan mendapat kritikan daripada Ramli.

Ramli ketika awalnya memberi komen positif dengan menjelaskan peminat sukakan Elly kerana bijak menjiwai lagu yang diberikan.

Bagaimanapun, situasi mula berubah apabial Ramli menyifatkan Elly mempunyai masalah teknikal iaitu intonasi yang agak teruk.

“Tetapi markah agak ok (baik) dan saya harus bersikap adil, kamu punya jiwa itu melebihi teknikal dan itu menyelamatkan kamu.

“Kamu dapat menjiwai tapi teknikal itu tengoklah atas ihsan kita orang,” kata Ramli.

Susulan kritikan itu, Elly dikatakan menarik diri kerana berkecil hati dengan juri tetap itu yang mengaitkan sentimen simpati dan belas kasihan ketika mengulas mengenai persembahannya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori