• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aishah AF Tiada Niat Perkecil Nyanyian Amyra Rosli

oleh Ahmad Albab
09/11/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penyanyi Aishah Bujang menjelaskan terdapat salah faham maksud yang ingin disampaikan dalam sebuah temuramah program Muzik-Muzik berkaitan persembahannya menerusi lagu Ada Saja pada Semi Final Muzik-Muzik (SFMM) sehingga menimbulkan kemarahan peminat penyanyi asal lagu itu iaitu Amyra Rusli.

Aishah yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia 7 (AF7), ini berkata, dia tidak bermaksud untuk memperkecilkan bakat pelakon wanita itu, sebaliknya menganggap dirinya perlu memberikan sebuah persembahan terbaik.

“Ramai peminat dia yang marah saya dan anggap saya berlagak ketika menjawab soalan dalam program itu bila saya cakap akan buat lebih baik dari dia (Amyra), makna sebenar ialah bila saya membawa nama dia dalam persembahan itu, jadi saya perlu buat yang terbaik untuk lagu tersebut.

“Tiada niat langsung untuk berlagak atau memperkecilkan bakat Amyra kerana saya tahu dia ada kelebihan dan kekuatan tersendiri dalam nyanyian,” ujarnya kepada mStar Online.

Aishah dihubungi bagi menjelaskan video yang menimbulkan kemarahan peminat-peminat aktres wanita tersebut sebelum persembahan Semi Final Muzik-Muzik (SFMM) yang berlangsung Jumaat lalu.

Menerusi video berdurasi 37 minit itu, jawapan Aishah bahawa dia tidak menumpang populariti penyanyi itu kerana dia lebih lama berbanding Amyra berada dalam industri turut dipersoalkan.

Jelas Aishah, video tersebut tidak memaparkan kenyataan sebenar yang dijawab berkaitan isu perbandingan populariti antara dia dan Amyra Rusli.

“Kita faham video itu pendek dan tidak semua boleh masuk apa yang saya cakap, jadi apa yang orang tidak tahu jawapan saya ketika itu ialah saya lebih lama berbanding Amyra, namun populariti yang dikecapi Amyra jauh lebih besar daripada saya.

“Saya sendiri sedar tentang perkara itu dan saya bertuah kerana Amyra beri peluang kepada saya untuk berada pada pentas SFMM,” ujarnya.

Sementara itu, Aishah berkata, dia lega dapat menyampaikan lagu Ada Saja itu dengan baik dan cara tersendiri.

Katanya, dia berharap dapat membantu lagu itu melangkah ke pentas Anugerah Juara Lagu akan datang.

Dalam pada itu, bercerita tentang perkembangan kerjaya, Aishah baharu melancarkan single terbaharu berjudul Cinta Dan Luka ciptaan DJ Fuzz.

Lagu tersebut merupakan salah satu strategi untuk membuat kemunculan semula selepas sudah lama menyepi daripada industri muzik tempatan. – mStar Online

Tags: Aishah AFAmyra Rosli
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

GV3: Intan Sedar Ada Pihak Mahu Lihat Dia Terkeluar

Next Post

Generasi Ke-4 Dilahirkan Dengan Tompokan Uban

Related Posts

Amyra Tak Tolak Rezeki Hamil Lagi

26/02/2019
0

KUALA LUMPUR: Lebih setahun melahirkan anak sulung, pelakon Amyra Rosli mengakui, sudah bersedia sekiranya diberikan rezeki untuk hamil semula. Amyra...

Kecoh Amyra Hamil Rupanya Julia Ziegler

02/08/2018
0

PELAKON Amyra Rosli menafikan dirinya kini hamil anak kedua seperti yang tular tersebar menerusi Internet baru-baru ini. Isteri kepada pelakon Amar...

Next Post

Generasi Ke-4 Dilahirkan Dengan Tompokan Uban

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd