Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

AstraZeneca Kurangkan 80 Peratus...

LONDON - Data daripada pemberian vaksin AstraZeneca untuk dos pertama menunjukkan risiko kematian...

Ngeri.. Batang Besi 6...

SEORANG pekerja lelaki sebuah syarikat pembinaan di China terselamat dari maut selepas rod...

Hadi Awang Masih Menerima...

KUALA LUMPUR - Keadaan kesihatan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang...

Guru Kacukan Arab-Siam ‘Curi’...

TUMPUAN... Senyuman tidak lekang di bibir apabila disapa membuatkan seorang guru berdarah kacukan...

AirAsia Tingkatkan Sistem Pembayaran ‘One-Click’

KUALA LUMPUR – AirAsia merombak sistem pembayaran ‘one-click’, bagi memudahkan lagi ahlinya menyimpan dan menggunakan kad kredit atau debit di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia.

Xpress Pay, sebelum ini dikenali sebagai BIG Paay, adalah satu ciri pembayaran eksklusif yang disediakan hanya kepada ahli AirAsia BIG untuk menyimpan butiran kad dengan selamat.

Pada masa yang sama, ia memastikan mereka tidak perlu memasukkan butir-butir penting setiap masa apabila menempah tiket penerbangan.

Ia mempercepatkan bayaran dan memudahkan pengguna merebut peluang mendapatkan promosi tiket murah, kata AirAsia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Setiap ahli perlu memilih satu daripada 10 kad prasimpanan berbanding tiga sebelum ini – dan memasukkan Nilai Pengesahan Kad (CVV) untuk membeli.


Xpress Pay menerima mana-mana kad kredit atau debit yang dikeluarkan oleh Visa, MasterCard, American Express atau JCB.

“Untuk meraikan kejayaan Xpress Pay, AirAsia memberikan 100 ‘BIG Point’ kepada semua ahli AirAsia BIG baharu yang menambah sekurang-kurangnya satu kad ke akaun mereka,” kata AirAsia.

Tawaran ini bermula 8 Nov. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori