• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Lelaki Ditahan Berhubung Insiden Pergaduhan

oleh Ahmad Albab
13/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menahan lapan lelaki susulan kejadian cuba memecah masuk sebuah premis perniagaan yang turut mencetuskan insiden pergaduhan di Endau, Mersing, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Mersing, DSP Cyril Edward Nuing dalam kenyataan di sini berkata kesemua mereka berumur antara 16 dan 53 tahun ditahan di sekitar kawasan itu, pukul 1 pagi tadi.

Katanya, mereka direman tiga hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata kejadian dipercayai bermula apabila tiga daripada lelaki berkenaan cuba memecah masuk sebuah premis perniagaan di Taman Fajar, namun tindakan mereka disedari pemiliknya yang bertindak mengejar dan memukul ketiga-tiga mereka bersama dengan beberapa rakan lain.

“Akibat perbuatan itu, ketiga-tiga mangsa cedera ringan di beberapa anggota badan termasuk di tangan dan kepala. Mereka kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Endau.

“Bagaimanapun, ia telah mengundang perasaan tidak puas hati sekumpulan lelaki lalu menyebabkan mereka berkumpul di balai itu, selain turut pergi ke premis perniagaan itu dan merosakkan tiga buah kenderaan pemilik kedai berkenaan,” kata Cyril.

8 Lelaki Ditahan Berhubung Insiden Pergaduhan

8 Lelaki Ditahan Berhubung Insiden Pergaduhan

Tindakan pantas polis dapat meredakan keadaan dan menyuraikan tindakan kumpulan berkenaan.

Polis mengenal pasti identiti individu-individu terlibat dan dua kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 324/453 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera atau melakukan pecah bangunan dan Seksyen 147 kanun sama akibat merusuh.

Cyril berkata beliau memberi amaran kepada semua pihak agar tidak sesekali mengambil tindakan sendiri kerana akan memburukkan keadaan serta keharmonian masyarakat. – BERNAMA

Tags: pergaduhan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

28/12/2024
0

JEMPOL - Polis mengesahkan akan ada tangkapan lagi membabitkan pergaduhan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen Transit Aliran Ringan...

Polis Bantuan Prasarana Leraikan Pergaduhan Penyokong Bola

Polis Bantuan Prasarana Leraikan Pergaduhan Penyokong Bola

21/12/2024
0

SHAH ALAM - Pasukan polis bantuan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) meleraikan pergaduhan melibatkan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd