• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Sahabat Didakwa Curi Susu Formula Hampir RM14,000

oleh AK-47
15/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Tujuh sahabat didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mencuri 143 tin susu formula pelbagai jenama bernilai hampir RM14,000 di dua buah pasar raya.

Elita Mohd Kusahang, 46, Satria Sisa, 41, Ahmad Wahab, 52, Jovielyne Magada@Jeffrey, 35, Kasmah Ibrahim, 32, Irsang Langsang, 30, dan Albert Tiya, 35, kesemuanya berasal dari Sabah, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Zaki Asyraf Zubir.

Mereka didakwa bersama-sama mencuri 84 tin susu formula pelbagai jenama bagi dewasa dan kanak-kanak bernilai RM7,765 milik Hero Market di Jalan SS6/10B, Kelana Jaya, pada 7 malam 20 April lalu.

Satria, Ahmad, Kasmah dan Irsang berdepan satu lagi pertuduhan mencuri 59 tin susu formula pelbagai jenama bagi dewasa dan kanak-kanak bernilai RM6,121.02 di Tesco Mutiara Damansara 5.30 petang, 16 Ogos lalu.

Kesemua tertuduh yang tidak bekerja, didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik menawarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh. Kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan dua tertuduh, Albert dan Elita, diikat jamin masing-masing RM2,500 dengan seorang penjamin manakala lima tertuduh lain tidak dibenarkan jaminan kerana tiada penjamin yang hadir ke mahkamah.

Zaki Asyraf menetapkan 19 Dis depan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: Jenayahsusu formula
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Johor Seragamkan Kemeja Kokurikulum Sekolah

Next Post

T-Team Bakal Hilang Tujuh Tonggak Utama Musim Depan

Related Posts

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

31/12/2023
0

Kuala Lumpur : Masyarakat Malaysia sering digambarkan sebagai masyarakat beradab, kaya dengan budi bahasa, bertimbang rasa dan berpekerti mulia. IKUTI...

Dua Lelaki Bergaduh Pegang Gergaji, Parang

17/11/2021
0

JAWA: Seorang anggota polis terpaksa melepaskan tembakan di udara bagi menghentikan perbalahan melibatkan dua penduduk di Jalan By Pass Ir...

Next Post

T-Team Bakal Hilang Tujuh Tonggak Utama Musim Depan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd